berita

Korang Ingat Lelaki Je Boleh Pasang 4? Datin Safieya Pun Boleh Weh!

January 29th, 2024 | by Azyan
Kini Trending

Drama paling sensasi Rampas Cintaku sekarang dah ada musim ke 2 geng! Dah ready ke belum nak tengok aksi panas Datin Safieya (Fasha Sandha) dan Rizal (Afieq Shazwan) dalam musim ke-2 ni?

Kalau dulu drama ni mampu meraih 100 juta penonton, admin pasti musim ni mesti jumlah tontonan akan berganda! Min dengar dah tayang 2 episod  pun dah hampir 100 juta weh! Hebat betul penangan drama ni.

Lagi-lagi admin dengar cerita yang musim ni akan memaparkan aksi yang lebih ‘berani’, panas, dan sensasi campur sedih sikit haaa, confirm korang tak senang duduk nak tunggu episode seterusnya! Perasaan geram, marah, sedih semua datang sekaligus! 

Kalau korang nak tahu, musim ni Fasha Sandha makin keliru, termanggu, tak daya nak berfikir! Kenapa ehh agak-agak? 

Mana tak “blur”,kalau ex lama comeback? Jeng..jeng..

Siapa je tak dalam dilema kalau kekasih lama datang kembali kan? Itulah yang dirasai oleh Datin Safieya apabila bekas suami beliau Datuk Jefri (Zarul Husin) datang kembali dan cuba untuk menggugat rumah tangga bahagia dibina bersama Rizal.

Dalam kekalutan bekas suami dia “comeback” tu, situasi menjadi semakin menggila apabila Rizal hilang tanpa dikesan.. parah ni guys.. dah boleh rasa dah ketegangan situasi ni!

Bukan itu sahaja, Rampas Cintaku Musim-2 ni dikatakan akan lagi banyak plot twist! Siap ada scene rog*l??

Memang tak senang duduk admin tengok cerita ni. Kejap admin jadi detektif, kejap jadi doktor cinta, kejap-kejap jadi pengarah..eh?

Banyak betul plot twist sampai admin pun tak sangka!

Antara scene yang dikatakan bakal menjadi favourite umum ialah dimana Rina yang dilakonkan oleh Puteri Balqis dianiaya oleh classmate dia yang dianggap sebagai ‘happy place’… ha sedih kan? 

Agak-agak siapa lah yang aniaya si Rina ni? Haish, geram pulak min!

Dengan lakonan mantap Puteri Balqis, admin pasti scene ni akan meruntun jiwa para penonton. Scene tersebut menunjukkan bagaimana budak-budak zaman sekarang ni mudah sangat terpengaruh dengan benda-benda yang tak elok! Sudahnya, diri sendiri yang merana.

Adakah ianya realiti atau tidak? Korang kena fikir sendiri lah kan yang tu..

Paling parah, ada part dimana kita kena berteka teki, siapa yang ada STD.. Hisyam, Ashraf atau Haris?

Tu la, dah 2024, takkan lah tak guna akal…kan? Dari mula sampai habis memang adrenaline rush habis la drama ni! Lepas satu-satu dia buat kita berteka-teki!

Sebab tu korang memang wajib tonton drama ni! Confirm buatkan otak korang jem! 

Tapi, yang best, korang boleh dapat tahu la dari drama ni macam mana simptom-simptom STD tu dan bagaimana nak halang penyakit tersebut..haa, bukan la saja-saja tonton drama kan? Siap dengan pengajaran sekali!

Dah excited? Ha jom kita tengok dekat iQIYI!

Drama ini telah pun ditayangkan di iQIYI bermula 19 Januari yang lalu. Buat masa ni dah ada 2 episod ditayangkan di aplikasi iQIYI! Drama yang mempunyai 12 episod ini akan ditayangkan setiap hari Jumaat & Sabtu pada pukul 9 malam.

Tapi kalau korang tak sabar macam admin, korang boleh langgan pakej VIP di iQIYI ni!

Dengan harga serendah macam beli gula-gula je-0.23 sen sehari, korang dah boleh dapat tengok awal dari orang lain tau haa, memang kau berkuasa dik. Mesti kawan-kawan semua takut kau spoilkan cerita tu. 

Tonton drama dengan pakej VIP ni juga jadi lagi best sebab tak ada sebarang ads! So korang boleh tonton dengan tenang.

So, dah ready ke nak layan drama ni? Tak tau lah min memang excited every week tunggu episod baru tau! Kalau dah ready, korang boleh klik je link NI!

Selamat menonton!

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×