Sebelum ini timbul isu di mana seorang suami yang bergelar ustaz membawa isteri dan anaknya bercuti di eropah tetapi hanya tidur di tepi jalan. Oleh hal demikian, dia menerima pelbagai kecaman netizen. Lantas dengan itu dia menjelaskan perkara yang sebenar dan mendakwa berita yang di sebarkan media agak kurang jelas.
Terbaru, menerusi Facebook Ariff Fateh, dia memberi penjelasan terhadap isu yang melanda kawannya itu. Dia mendakwa rakannya itu telah difitnah oleh media. Selain itu dia turut menceritakan pengalaman dia yang pernah bercuti bersama rakannya itu.
Fitnah semata-mata
Ada kes viral tentang posting Ustaz Zakuan Faiz sampai cakap dia miskin tapi nak travel luar negara sampai menzalimi anak isteri. Just nak bagi tau korang. Semua tu salah faham dan fitnah semata-mata. Kami travel sekali di Eropah tapi saya dan Ummi Fateh dah tangguh semasa travel di negara Balkan.
Kereta rosak di Kosovo
Last sekali kami diuji dengan kereta rosak di Kosovo pada 15 September 2019. Kos kami kena towing kete dan hantar kami ke Sofia Bulgaria total bersamaan 1,000 euro bersamaan RM4,640. Kami tiada pilihan masa ni sebab semua workshop tutup sebab hari ahad dan kami serta orang tempatan Kosovo tak boleh hubungi talian kecemasan kereta sewa kami masa tu. Internet dan talian dalam negara Kosovo ni macam disekat akses keluar negara. Jadi kami berlima pakat setuju berkongsi kerugian tu dan sanggup tanggung kos semua tu.
Kami tiada pilihan
Kami memang tiada pilihan masa tu sebab kami kena kejar flight kami balik Malaysia dan Ustaz Zakuan Faiz, isterinya dan Raden pula flight mereka ke Kalamata,Greece. Jadi dok pulun lah kejar flight kami masa tu dengan kena lalu border Macedonia, Kosovo dan Bulgaria. Masa kat border ni memang makan masa beratur lama.
Dipendekkan cerita kami gagal kejar flight kami hari tu dan missed flight. So, kami terkandas di Airport dan terpaksa beli tiket baru. Kami 3 beranak kos balik Malaysia lebih kurang RM10,500 untuk 3 orang. Korang kata Ustaz Zakuan Faiz ni miskin kan? Takde duitlah. Merempatlah. Hangguk korang!
Duit yang dia sponsor RM15,140
Mereka ni memang jenis berjimat dan tak suka membazir. Membazir kan amalan syaitan. Nak bagitau korang haters Ustaz Zakuan Faiz Ibnu Batoota ni, semua kos kereta rosak RM4640 tu semua Ustaz Zakuan Faiz settlekan. Tiket kami yang RM10,500 tu pun Ustaz Zakuan Faiz sponsor supaya kami tak serik travel dengan die dan isterinya. Total duit yang dia sponsor RM15,140.
Duit tu boleh sangat jek kalau Ustaz Zakuan nak duduk hotel 7 bintang sepanjang die travel kat europe. So, korang yang tak tau apa-apa tu. Tak payahlah lebih2 nak kecam bagai. Beradab sikit dengan orang alim.
Sumber: Ariff Fateh