berita

Korang Kena Datang Ke Jualan Gudang Besar-Besaran LSK, Banyak Diskaun Untuk Tilam Dan Perabot!

April 30th, 2019 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

orang ramai di jualan gudang lsk

“Aduh, kenapa la tiap kali bangun pagi asyik sakit belakang je?”

Entah-entah, puncanya daripada tilam kat bilik tidur korang. Sebenarnya, tilam ni mainkan peranan penting untuk kesihatan tulang belakang tau. Kalau sokongan tak kuat, memang menangis la bila bangun pagi!

Korang nak tilam yang empuk macam kat hotel lima bintang tu tak? Kebetulan kami nak beritahu, ada satu tempat yang tengah buat sale gila-gila. Bukan setakat tilam, perabot lain pun ada! Kat sini haa..

Datang dan meriahkan Jualan Gudang Besar-Besaran LSK, mesti heboh gila

Wah, berita baik ni! Jualan Gudang Besar-Besaran LSK akan diadakan di Klang, Selangor bermula 3 hingga 5 Mei 2019. Korang yang tinggal kat sekitar situ, jangan tak singgah pulak. Lagi-lagi yang baru pindah rumah. Memang waktu yang tepat la.

orang ramai di jualan gudang lsk

Kalau korang nak tahu, LSK menjual produk untuk katil, sofa, perabot dan lain-lain. Korang mesti dah tak sabar nak tahu promosi yang ada di Jualan Gudang Besar-Besaran LSK kan? Meh tengok kat bawah. Confirm korang tercengang nanti.

Promosi tilam berjenama yang terkemuka. Siap ada diskaun wei!

tilam di jualan gudang lsk

Siapa yang tengah cari tilam baru tu? Meh dengar ni. Korang boleh dapatkan tilam berjenama dengan diskaun terhebat di Jualan Gudang Besar-Besaran LSK tau. Boleh save bajet la macam ni. Jenama pun bukan biasa-biasa!

Paling hot, tilam latex Napure. Jenama ni merupakan pengeluar latex terbesar di Malaysia dengan tilam latex semula jadi dan tulen 100%. German Laboratory  juga mengesahkannya sebagai tilam latex semula jadi dan selamat. Korang yang ada alergi pun tak perlu risau sebab ia bebas alergi. Fuh!

Jualan Gudang Besar-Besaran LSK menawarkan diskaun sehingga 90% untuk tilam latex Napure. Harga untuk saiz Queen pun bermula RM999 je. Boleh la angkat satu macam ni.

Jenama tilam top 10 USA iaitu Englander ni pun boleh tahan jugak. Tilam ni menyokong postur badan korang sewaktu tidur kerana ia menggunakan getah asli sebagai sebagai padding. Pada korang yang mengalami masalah sakit belakang, boleh cuba beli tilam ni. Confirm  tidur lena!

Harga yang ditawarkan untuk tilam Englander bermula RM299. Diskaun pulak sehingga 90%. Murahnya! Tak dapat kat tempat lain, hanya di Jualan Gudang Besar-Besaran LSK tau.

Selalu stres lepas balik kerja? Kami syorkan anda pilih tilam Tempur. Kalau anda nak tahu, ia merupakan jenama tilam top 10 US dan diimport sepenuhnya dari Eropah tau. Paling menarik, tilam elastik visco yang terbaik ni mampu meredakan tekanan anda. Tak stres la lepas ni. Memang power!

Tilam Tempur ditawarkan dengan diskaun sehingga 70%. Nak tahu betapa empuknya tilam-tilam ni, korang kena la datang sendiri ke Jualan Gudang Besar-Besaran LSK. Orang kata kalau nak beli tilam ni, kena cuba baring atasnya tau.

Sofa dengan rekaan menarik, tengok mana yang korang berkenan

Dah alang-alang cari tilam untuk bilik tidur, apa kata cari sofa untuk ruang tamu sekali? Maklum la waktu perayaan pun makin hampir kan. Di Jualan Gudang Besar-Besaran LSK, korang boleh dapatkan pelbagai jenis sofa. Rekaan pun menarik!

Antara tawaran sofa terhebat di Jualan Gudang Besar-Besaran LSK adalah sofa Calia yang diimport sepenuhnya dari Itali. Sofa jenis kulit ini ditawarkan dengan harga bermula RM3999. Korang juga mungkin berkenan dengan sofa Meta jenis recliner  dengan harga bermula RM999. Siap boleh baring!

Hiaskan rumah dengan perabot Gautier, confirm berseri!

Kalau korang nakkan rumah berseri ala-ala Perancis, boleh beli perabot Gautier di Jualan Gudang Besar-BesaranLSK. Jenama ni diimport sepenuhnya dari Perancis tau. Paling best, ada diskaun sehingga 80%. Tetamu yang datang mesti terpesona dengan rumah korang punya. Stylo habis!

Promosi Early Bird yang special. Siapa cepat, dia dapat!

orang ramai di jualan gudang lsk

Siapa kat sini paling laju kalau bab promosi? Ni peluang terbaik korang. Selain diskaun, Jualan Gudang Besar-Besaran LSK juga ada Promosi Early Bird yang menarik. Ni antara promosi yang ada. Kena cepat sebab stok terhad!

  • Mattress protector  (pelbagai saiz) dengan harga RM1.00 sahaja – terhad kepada 30 unit sehari
  • Bantal latex Napure dengan harga RM9.90 sahaja – terhad kepada 30 unit sehari (selepas 30 unit, harganya bermula RM199 hingga 399 dengan promosi beli 1 percuma 1)
  • Bedframe  (pelbagai reka bentuk dan saiz) dengan harga RM 99.00 sahaja

*Sementara stok masih ada

Lagi senang, tengok gambar kat bawah ni okay? Tak senang duduk la macam ni. Hebat betul promosi yang ada!

Borong banyak-banyak, boleh dapat hadiah istimewa beb!

orang ramai di jualan gudang lsk

Beli banyak-banyak, takkan tak dapat apa-apa? Siapa cakap tak dapat? Ni nak bagitahu korang. Jualan Gudang Besar-Besaran LSK akan berikan hadiah istimewa untuk pelanggan yang berbelanja sebanyak RM5000 dan ke atas. Syoknya!

Hadiah apa? Tak surprise la kalau bagitahu. Nak hadiah istimewa ni, kena la pakat dengan keluarga atau member  korang okay?

*Sementara stok masih ada

Wah, borong sakan la macam ni. Banyak jugak barang yang ditawarkan sewaktuJualan Gudang Besar-Besaran LSK. Jangan lupa ajak yang lain sekali ya. Boleh beli untuk musim perayaan sekali. Yay!

JUALAN GUDANG BESAR-BESARAN LSK

Tarikh: 3 hingga 5 Mei 2019
Masa: 10 pagi hingga 6 petang
Tempat: Kilang LSK di Klang
Alamat: Wisma LSK, Lot 6122, Jalan Haji Abdul Manan, Off Jalan Meru, 41050 Klang, Selangor
Waze: LSK Mattressworld Sdn Bhd

Untuk info lebih lanjut tentang produk yang ada, boleh ke laman web www.ibg.com.my. Korang jugak boleh like dan follow Facebook IBG Malaysia di bawah untuk ketahui perkembangan terkini ya.

SKIP THIS AD ×