berita

Korang Kuat Bersukan & Berpeluh? Jom Tampil Segar Dengan Koleksi Fragrance & Body Care Adidas Ni!

July 25th, 2022 | by Syakilla Marzuki
Kini Trending

Bila sebut pasal jenama terkemuka Adidas ni, semua orang tahu bahawa mereka merupakan industri barangan sukan yang terulung di dunia yang menawarkan pelbagai produk yang luas merangkumi kasut, pakaian, serta perkakasan sukan.

Tapi korang tau tak sebenarnya Adidas juga menyediakan rangkaian produk yang lain seperti produk penjagaan badan serta wangian? Ha…disamping korang bersukan, boleh lah menjaga kulit serta menjadikan badan korang sentiasa segar. Jom usha dulu apa yang menarik mengenai produk mereka ini!

1. Wangian Ice Dive Eau De Toilette (EDT) dengan aroma yang unik!

Diinspirasikan oleh kekuatan ketika bersukan, rekaan bentuk botol pewangi ini dibuat dalam bentuk badan sebenar dan ia mudah untuk digenggam ketika membuat semburan. Dengan ketahanan EDT yang ada, wangian Ice Dive Adidas ni boleh tahan lama tau!

Selain itu, perfume ini juga mengandungi notes atau aroma di dalamnya yang sangat unik! Ia terbahagi kepada tiga iaitu top notes, heart notes, serta base notes di mana korang dapat mencium aroma yang fresh dengan campuran buah-buahan seperti grapefruit, aroma floral seperti geranium dan sandalwood yang elegan serta bahan herbal seperti vanila dan kayu-kayuan.

2. Ice Dive Deodorant Spray membantu untuk kekal segar & wangi

Bila kita banyak bergerak sepanjang masa, mesti akan membuatkan kita berpeluh. Kalau boleh time tengah aktif  bersukan dan selepas bersukan tu, nak lah badan sentiasa rasa segar dan wangi kan? Baru lah orang sekeliling pun selesa dengan kita.

Jadi, dengan Adidas Ice Dive Deodorant Spray ni amat membantu korang untuk kekal segar dan wangi sepanjang hari tau! Ia disebabkan produk ini mempunyai formula cool and dry. Ia boleh memberikan perlindungan peluh & bau sehingga 48 jam serta mengandungi 0% garam aluminium di dalamnya. 

Bukan tu saja, Ice Dive Deodorant Spray ini juga diuji secara dermatalogika dan ia sangat dipercayai untuk kegunaan ramai. Ia juga akan mencegah PH kulit korang serta memberikan wangian yang bersih, segar dan ozonik.

3. Ice Dive Deodorant Roll On dapat memberikan perlindungan peluh selama 48jam

Ha yang ni pula sesuai untuk korang yang kurang gemar dengan body spray. Korang boleh lah cuba Ice Dive Deodorant Roll On.

Fungsi dan kebaikan nya juga sama macam body spray, di mana ia dapat memberikan perlindungan 48jam daripada peluh dan bau badan korang. Ia juga mempunyai formula cool and dry serta telah diuji secara dermatalogi.

4. Ice Dive Shower Gel mampu menghidrat & membersihkan badan korang!

Ada yang pernah cuba tak Ice Dive Shower Gel ni? Kalau belum, boleh lah korang try sekarang! Ini kerana ia dapat membantu mencegah bau badan bagi lelaki yang kuat berpeluh. Tambah lagi kalau korang yang sentiasa aktif bergerak ataupun bersukan tu.

Dengan teknologi 3 dalam 1 yang ada, ia menawarkan penjagaan lengkap dan serba boleh untuk semua 3 bahagian utama iaitu menghidratkan badan, menjaga rambut dan membersihkan wajah korang. 

Selain itu, ia juga telah diuji secara dermatologi di mana formulanya tidak akan mengeringkan. Ice Dive Shower Gel ni juga mempunyai formula PH yang seimbang tau bagi menghidrat dan membersihkan badan korang serta menjadikan kulit sentiasa segar dan selesa. 

Kiranya lepas je korang pakai gel mandian ni, memang terus rasa nyaman! Sesuai lah kalau nak pakai untuk kegunaan harian tu. 

Nak segar sepanjang hari dengan koleksi wangian & penjagaan badan ini? Jom dapatkan segera!

Jom kekal segar, bersih dan nyaman dengan rangkaian produk Ice Dive Adidas ni. Korang boleh dapatkan segera di Shopee, Lazada, Zalora atau di kedai farmasi Watsons.

SKIP THIS AD ×