berita

Korang Mesti Pernah Buat 5 Perkara Ni Dengan BFF Korang Kan?

November 21st, 2018 | by Nurul
Kini Trending

Pernah tak bayangkan kalau korang hidup sorang-sorang. Takde kawan, takde BFF, mesti bosan gila! Takde orang nak ajak teman shopping, takde orang nak share gossip terbaru, bila tengok wayang, tak boleh nak komen-komen pasal movie dengan orang sebelah. Ishh..sunyinya hidup!

Kalau admin, boleh meroyan kalau takde orang yang nak layan kita bersembang. Haa..sebab tulah kita perlukan kawan dan BFF. Setiap orang mesti akan ada BFF. Bila dah dengan BFF tu paham-paham jelah, ada je aktiviti yang nak buat.

Korang dengan BFF korang mesti pernah buat perkara-perkara yang kitorang listkan ni kan..

Post gambar funny BFF!

Selalunya BFF ni adalah kawan yang kita dah lama sangat kenal dan dah masak sangat dengan perangai masing-masing. Senang cerita, dah macam adik beradik. Jadi, bila dah sekepala, mesti ada je benda kelakar dan idea nak kenakan BFF tu.

Korang pernah tak kenakan BFF korang dengan post gambar dia yang paling tak senonoh? Gambar dia tengah tidur ternganga ke, tengah nak bersin ke, ataupun gambar candid dia yang tengah korek hidung ke.

Kalau BFF sejati tu, confirm tak marah bila kena prank macam tu, tapi tunggu la pulak turn korang untuk dia balas dendam. Muahaha!

Eh, tolong snap gambar OOTD aku!

Haa..ni selalunya perempuan boleh relate. Yelah, bila nak keluar tu, dress up dan make up kenalah on-point! Bila dah cantik meletop macam tu, kenalah tangkap gambar dan post OOTD kita kat semua media sosial yang ada. Kalau tak, rugilah effort kita bersiap tu. Haha!

Nak harapkan boyfriend korang, memang malas lah dia nak layan. Yelah, kalau sekeping je gambar takpelah, ni berpuluh-puluh keping confirm dia fed-up. LOL!

Haa..masa nilah korang perlukan BFF korang. BFF kita je yang rajin melayan semua benda ni. Dapat pulak BFF yang hebat snap gambar, tahu je angle mana nak ambil untuk kita nampak helok, fuh.. memang BFF till jannah lah.

Weh, jom travel sama-sama!

Siapa pernah travel dengan BFF dia? Bukan je best sebab satu kepala, tapi tak banyak kerenah dan tak kisah kalau nak tidur sebilik, makan sepinggan. Lepas tu pulak nanti ada je idea gila yang akan keluar. Memang happening habis lah!

Yelah, nak travel ni kenalah pergi dengan orang yang kita selesa. Barulah boleh enjoy percutian tu. Kalau pergi dengan yang banyak songeh dan feeling princess tu, boleh spoil mood ! Yang lagi best, kalau terdesak, boleh pinjam BFF duit dulu. Takdelah malu sangat muka! Hihi..

Chill sambil tengok movie dan mengunyah..

Yang ni rasanya student selalu boleh relate. Bila tengah takde assignment ataupun esok takde kelas, mulahlah berkumpul ramai-ramai dalam satu bilik dan tengok movie. Selalunya kalau student yang duduk asrama atau hostel tu, memang akan pilih untuk tengok cerita hantu.

Admin yang dah kerja pun still buat macam ni dengan BFF bila hujung minggu. Tutup lampu, pasang sound kuat-kuat, stand by jajan banyak-banyak, fuhh..memang feel macam dalam wayang!

Lepas tu, bila part yang takut, menjerit ramai-ramai. Bila movie dah habis, mulalah tidur rapat-rapat. Nak pergi toilet pun ajak member teman. Penakut punya pasal!

Join contest dan tag BFF!

Haa..yang ni siapa selalu buat, baik mengaku! Selalunya, bila ada post yang kelakar atau benda menarik kat Instagram dan Facebook, mesti kita akan automatik tag BFF kita. Yelah, dah nama pun BFF, mestilah kena kongsi benda-benda best. Mana boleh simpan sorang kan.

Nak-nak kalau ada contest yang boleh buat kita menang hadiah lumayan, confirm kena ajak BFF join sekali ni! Barulah seronok dan happening dapat masuk contest sama-sama. Manalah tahu menang trip percutian ke. Wohoo! Tapi semua tu dalam mimpi je la kan..

Siapa cakap semua tu mimpi je? Eh, sekarang ni, mimpi korang tu bakal jadi kenyataan sebab Kapal Api White Coffee nak bawak korang dan BFF korang bercuti ke Seoul. Yeay!

Nak pergi Seoul dengan BFF korang tak?

Macam yang korang tahu, Kapal Api ni merupakan kopi pilihan dan kegemaran rakyat Malaysia sejak tahun 2008. Sekarang, Kapal Api dah ada produk terbaru iaitu Kapal Api White Coffee.

Rasa dan aromanya yang memikat akan buatkan korang tak keruan kalau sehari tak pekena secawan kopi Kapal Api White Coffee ni. Macam tu jugaklah kalau sehari tak jumpa BFF korang tu.

Berita baik untuk korang semua,Kapal Api White Coffee nak sponsor percutian korang bersama BFF korang ke Seoul. Bestnya!

Mudah je uols, korang hanya perlu join peraduan anjuran Kapal Api iaitu #bffdalamcawan #kapalapiwhitecoffee dan siapa tahu nasib menyebelahi korang! Nak tahu caranya?

  • Snap selfie atau gambar bersama BFF korang
  • Sertakan kapsyen menarik dan unik
  • Muat naik gambar di Instagram korang beserta hashtag #bffdalamcawan #kapalapiwhitecoffee
  • Menangi percutian bersama BFF korang ke Seoul bernilai RM10,000!

Tempoh peraduan: 21 November sehingga 23 Disember 2018

Apa lagi korang tunggu, jangan lepaskan peluang keemasan ni tau! Kalau bercuti ke Seoul nanti, jangan lupa bawak sekali #bffdalamcawan korang tau!

SKIP THIS AD ×