berita

Korang Mesti Tak Percaya Penampilan Terbaru Didie Alias Ni. Aww Manisnya!

September 2nd, 2014 | by Ai
Kini Trending

Pc-ABP-2014-115

Siapa tahu gelaran Lady Gaga Malaysia ni untuk siapa? Ha, dah tentulah pelakon dan pelawak sensasi Didie Alias kan. Mana taknya, style dan perwatakan Didie memang saling tak tumpah seperti Lady Gaga.

Korang pun mesti dah tahu bahawa Didie memang selalu tampil dengan fesyen yang unik dan lain daripada yang lain kan? Contohnya, pakaian terbaru Didie dalam program Super Spontan 2014. Hah! Pelik habis.

Tetapi, korang dah tengok belum penampilan terbaru pelawak ini? Aduhai, bila kami tengok sejuk je hati memandang. Sopan dan manis sangat uols.

Didie

Kalau nak tahu, beberapa foto terbaru Didie berhijab dah bertebaran di beberapa laman sosial tau. Foto tersebut diambil sempena Majlis Rumah Terbuka Fareeda yang dihoskan oleh Didie.

Dek kerana penampilannya yang ala-ala duta Fareeda gitew, maka ramailah peminatnya yang mendoakan supaya Didie terus berhijab.

Yang menariknya, peminat turut mengatakan Didie nampak lebih muda dan mereka tak mahu lagi Didie menjadi Lady Gaga. No More Lady Gaga katanya. Hehe.

Screen Shot 2014-09-02 at 12.46.27 PMScreen Shot 2014-09-02 at 12.46.16 PMScreen Shot 2014-09-02 at 12.46.41 PMScreen Shot 2014-09-02 at 12.46.51 PMScreen Shot 2014-09-02 at 12.56.05 PM

Secara jujurnya, kami lihat Didie memang cantik bila bertudung. Kami sokong 200% kalau hot mama ini mengambil keputusan untuk berhijab penuh.

Apapun, kami suka tengok baby Dayyan. Comel dan gebu mcm ibunya. Betul tak?

Kredit Foto : Instagram Didie Alias & Media Hiburan

SKIP THIS AD ×