Sekarang nak ke pasaraya kecil je pun, rasa malas sangat nak keluar. Lagi-lagi bila ada yang bekerja dari rumah, memang kalau boleh nak barang tu terus sampai depan rumah je. Bukan apa, kalau keluar pun, jadi makin stress bila dah habis pilih barang nak kena membayar kat kaunter musim-musim macam ni, tapi nak tak nak kenalah beratur kan?
Ha…admin ada idea untuk korang! Apa kata korang order je guna perkhidmatan HappyFresh! Dengar cerita, perkhidmatan mereka dah tersedia di negeri Kedah, Kelantan dan juga Seremban tau!
Jimat masa dan tak perlu susah-susah nak habiskan minyak kereta, cari parking dan penat beratur. Mudah kan? Tau-tau nanti sampai je depan rumah. Bukan tu je, banyak juga kelebihan kalau korang guna khidmat mereka. Antaranya…
Ada personal shopper sendiri!
Ini antara salah satu inisiatif yang bagus tau dari HappyFresh! Mereka mempunyai personal shopper sendiri dimana barang runcit yang korang nak tu akan dipilih dan ditapis terlebih dahulu.
Personal shopper ini juga telah dilatih secara profesional. Senang la lepas ni, kalau korang perlukan apa-apa yang korang nak, mereka sedia membantu. Misalnya, kalau korang nak sesuatu barang tu tapi stok nya dah habis, jangan risau, mereka akan gantikan semula dengan yang lain mengikut apa yang korang minta.
Harga barang sama macam dekat kedai
Selalunya kalau korang biasa beli barang keperluan online ni, memang sesetengah kedai atau platform akan markup harga sesuatu barang kan? Kadang-kadang terfikir banyak kali nak beli tu sebab harganya memang mahal sikit berbanding kalau korang pergi beli sendiri dekat kedai.
Tapi, bila dengan HappyFresh ni, tak perlu risau ya! Sebab mereka tak kenakan sebarang caj yang berlebihan untuk harga barang yang korang nak beli tu. Bestnya! Benda boleh beli online je, tak payah lah kita nak membazir kan?
Bayar dengan selamat melalui kad kredit dan debit, DuitNow atau E-wallet
Ha..yang ni paling penting untuk musim sekarang! Kalau boleh nak buat bayaran apa-apa tu biarlah terus melalui atas talian saja. Bukan apa, ia menjadikan pembayaran itu lebih selamat, bersih dan mudah. Lebih-lebih lagi dalam keadaan pandemik ni.
Jadi, bila korang dah beli barang keperluan yang korang nak tu dengan HappyFresh, boleh terus melakukan transaksi tanpa tunai iaitu melalui kad kredit, debit, DuitNow atau pun E-wallet yang mereka sediakan. Senang kan? Korang tinggal pilih je nanti nak guna yang mana satu.
Tawaran promo eksklusif & caj penghantaran lebih murah!
Bukan tu saja, dah seronok shopping guna perkhidmatan mereka, nanti korang akan dapat mata bagi setiap pembelian yang korang dah buat tu. Lepastu bila nak teruskan pembelian yang seterusnya, korang boleh tebus mata tersebut untuk dapatkan diskaun dari HappyFresh.
Selain itu, HappyFresh telah menyediakan perkhidmatan dengan caj penghantaran yang lebih murah berbanding yang lain. Dah la harga barang sama macam di kedai, caj penghantaran pula murah. Ada juga penghantaran percuma bagi pembeli pertama dengan HappyFreshni tau! Caranya mudah je.
- Log masuk & daftar akaun HappyFresh, kemudian pilih kedai atau pasar raya favourite korang.
- Seterusnya, belanja minimum RM30.
- Gunakan kod MYFIRSTFD untuk menuntut PENGHANTARAN PERCUMA + Bonus 3000 mata.
Wahhh! Memang jimat habis bila beli barang dekat sini. Banyak tawaran dan promosi eksklusif pula tu. Seronoknya!
Nak order barang sekarang? Jangan lupa guna HappyFresh tau!
Ha…macam-macam ada dekat HappyFresh ni. Dari barang kering hingga ke barang basah, korang boleh pilih je mana-mana barang keperluan yang korang nak.
Jadi, tunggu apa lagi tu? Jom lah guna perkhidmatan mereka, terutamanya warga Kedah, Kelantan dan Seremban tu. Alang-alang dah ada dekat kawasan korang, jangan lepaskan peluang ni tau! Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web HappyFresh ya.