berita

‘Korang Nak Mereka Bercerai?’- Beri Peluang Kedua, Pavithra Disamakan Dengan Bella Astillah

July 26th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Twitter, penyanyi, Bella Astillah memberi pandangan berhubung isu Sugu Pavithra yang viral baru-baru ini. Menurut Bella, netizen telah menyamakan Pavithra dengan dirinya kerana memberi peluang dan memaafkan suami meskipun, pernah dilukai.

Sebab maafkan suami?

Sebagai seorang isteri, Bella memberitahu bahawa bukan senang untuk setiap wanita membuat keputusan. Tambahnya, mereka perlu berfikir soal anak, keluarga dan rumah tangga yang telah dibina. Jelasnya lagi, dia tidak faham mengenai pemikiran netizen yang suka melihat pergaduhan suami isteri dan kes penceraian.

Tak selamanya kecewa

Di samping itu, Bella turut memberitahu bahawa manusia tidak mampu meramal masa hadapan dan bukan semua manusia sempurna di atas muka bumi ini. Oleh itu, kita tidak mengetahui takdir yang telah ditetapkan.

Sumber: Bella Astillah

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×