berita

Korang Nak Nampak Kurus & Stailo Dalam Masa Yang Sama? Jom Ikut 4 Tips Mudah Ni!

November 2nd, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trendy

Ada masa korang tengok cermin dan rasa diri korang dah gemuk dan berisi. Eh kejap-kejap.. Tu tak bermaksud korang tak boleh bergaya! Korang pun boleh berfesyen ikut trend tau, cuma kena tahu caranya. Ada tips yang admin nak share untuk nampakkan effect slim dan kurus.

Buang perasaan tak yakin tu dan jangan sembunyikan diri korang lagi. Jom ketahui cara nak berfesyen dan masih nampak cantik!

1. Tambahkan layer tak buat korang nampak gemuk

Orang cakap kalau pakai baju berlapis-lapis ni akan buat korang nampak gemuk. Sebenarnya tu mitos je guys! Korang boleh cuba gayakan cardigan dan jaket yang bersesuaian dengan aktiviti korang.

Jika korang suka stail ala-ala hipster, cuba ikat sweater atau boyfriend shirt kotak-kotak di sekeliling pinggang. Jaket denim pun boleh. Confirm nampak cunss!

2. Hitam tu bestfriend!

Bila orang cakap warna hitam tu buat korang nampak kurus, percayalah.. apa diorang cakap tu memang betul! Ni lah cara paling senang untuk nampak kurus sebenarnya. Warna hitam boleh sembunyikan curves kerana ia tidak memantulkan cahaya seperti warna lain.

Korang juga boleh gayakan stail all black untuk nampak lebih stailo mailo!

3. Jangan pakai ketat-ketat

Pakaian yang ketat sebenarnya lebih menampakkan bentuk badan korang, Jadi elakkan memakai skinny jeans dan baju yang fit. Sebaliknya korang boleh cuba pakai pakaian yang longgar dan besar.

Contohnya seperti kaftan, blouse, dress dan oversized shirt dan seluar baggy.

4. Main dengan stripes

Belang atau jalur pada pakaian juga sebenarnya menampakkan korang lebih kurus. Jadi gunakan peluang ni dan banyakkan memakai baju atau seluar yang ada stripes ye. Jalur hitam dan putih lebih membantu untuk menambahkan effect slim.

Sebaiknya bagi yang berbadan besar, elakkan memakai jalur yang melintang supaya badan tidak nampak lebar.

See guys, tak susah pun nak bergaya dan dalam masa yang sama boleh nampak kurus lagi. Kalau korang tak percaya cubalah tips-tips ni dan have fun ber-ootd!

 

Sumber: Style CrazeRankerStyle Caster

SKIP THIS AD ×