berita

Korang Pelajar IPT? Ini Merupakan Bantuan Khas Untuk Pelajar IPT Yang Korang Boleh Dapat

November 28th, 2020 | by Azyan
Kini Trending

Pada 30 Oktober 2020, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bekerjasama dengan pihak Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) untuk menawarkan empat jenis bantuan pakej pelan data dan juga peranti kepada pelajar IPT.

Tujuan bantuan ini adalah untuk memberikan persekitaran pembelajaran yang kondusif bagi sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian.

Jom baca dengan lebih lanjut untuk ketahui apa bantuan yang korang sebagai pelajar IPT boleh dapat!

1. Bantuan Kewangan Prihatin bernilai RM50

Bantuan ni khas untuk pelajar-pelajar baru Universiti Awam bagi sesi akademik 2021/2021. Bantuan sebanyak RM50 diberikan bagi membantu mereka untuk langganan awal pelan data.

Korang boleh semak status kelayakkan masing-masing melalui Bahagian Kemasukan atau Hal Ehwal Pelajar (HEP) di universiti masing-masing. Sekiranya layak, korang perlu kemaskini dokumen dan maklumat berikut:

i. Salinan kad pengenalan;
ii. Nombor akaun bank dan nama bank;
iii. Salinan penyata/buku bank (muka surat yang mempunyai nombor akaun bank);
iv. Nombor telefon bimbit/email.

Bantuan tersebut akan disalurkan mulai pertengahan November hingga 31 Disember 2020.

Kenapa pelajar baru je dapat?

Ini kerana pelajar baru adalah yang paling terkesan selepas pengumuman penangguhan pendaftaran secara fizikal atau bersemuka pada 2 Oktober yang lalu.

Ini juga merupakan kali pertama mereka menyambung pelajaran di universiti awam. Jadi, untuk mengurangkan beban mereka, insentif RM50 diperuntukkan bagi membantu mereka melanggan pembelian pelan data.

2. Bantuan Pakej Pelan Data untuk pelajar B40

Kalau korang merupakan pelajar B40, bantuan ini untuk korang! Bantuan ini adalah dalam bentuk kad sim namun begitu terdapat beberapa universiti yang memberikan bantuan dalam bentuk tunai yang akan disalurkan melalui akaun pelajar.

Pelajar juga boleh menghubungi pihak HEP masing-masing untuk pertanyaan lanjut.

3. Bantuan komputer riba untuk pelajar kategori B40 bersasar di Universiti Awam

Pelajar yang tergolong dalam kumpulan B40 bersasar terpilih akan dihubungi sendiri oleh pihak Universiti masing-masing. Jenis bantuan yang akan diberikan adalah dalam bentuk:

  • Pemberian komputer riba percuma;
  • Pemberian wang tunai;
  • Pinjaman peranti sepanjang pengajian; dan
  • Bantuan pinjaman kewangan istimewa bagi pelajar yang telah memperolehi komputer riba

Pelajar yang terpilih akan menerima peranti secara berperingkat bermula November 2020.

4. Pakej pelan data dan peranti istimewa

Semua pelajar layak memohon pakej ini!

Ya betul tu! Kalau korang sedih sebab tak dapat mohon bantuan yang kami nyatakan di atas, jangan risau sebab korang boleh mohon bantuan ni.

Yang paling best, urusan pembelian pakej istimewa pelan dan peranti boleh dibuat terus dengan pembekal perkhidmatan!

Boleh ke pelajar IPT termasuk IPTS dan politeknik mohon? Boleh!

Semua pelajar berpeluang untuk menikmati pakej pelan data dan peranti ni pada harga yang rendah seperti yang ditawarkan oleh Celcom, Digi, Telekom Malaysia (Unifi Mobile), Maxis, Acer, Samsung (bersyarat) malah Apple Online Store!

Macam mana nak daftar & dapatkan pakej pelan data ni?

Celcom

Pendaftaran prabayar di Celcom bluecube berdekatan. Pelajar perlu membawa bersama kad pengenalan dan kad pelajar atau surat tawaran kemasukan pelajar ke IPT sebagai dokumen pengesahan. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Celcom Careline di 1111 atau 019-6011111.

Digi

  • Pakej pelan data jalur lebar (pasca bayar ) – Pendaftaran hanya secara
    dalam talian sahaja [klik di sini]. Salinan dokumen sokongan kad pengenalan dan kad pelajar atau surat tawaran kemasukan IPT diperlukan ketika sesi pendaftaran dalam talian.
  • Pakej pelan data (prabayar) – Pendaftaran di mana-mana cawangan Digi Store atau secara dalam talian [klik di sini]. Perlu membawa bersama kad pengenalan dan kad pelajar atau surat tawaran kemasukan pelajar ke IPT sebagai dokumen pengesahan. Sebarang pertanyaan boleh hubungi 016-2998888.

Maxis

Tawaran (pasca bayar) hanya terbuka kepada pelajar berusia 18 hingga 25 tahun saja. Boleh mendaftar di Maxis Center berdekatan dengan membawa kad pengenalan dan kad pelajar atau surat tawaran kemasukan pelajar ke IPT. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Customer Care Maxis 1800-82-1123.

TM (Unifi Mobile)

Pakej peranti pula adalah seperti berikut:

Acer

Pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian https://store.acer.com/en-my/promotion/students .Pelajar diminta memasukkan kod diskaun mengikut model komputer riba yang dibekalkan oleh pihak Acer.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi 016-3603635 / 03- 8026 6333.

SAMSUNG

  • Tawaran adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang dikeluarkan oleh SAMSUNG kepada pihak pengurusan IPT. Para pelajar boleh menghubungi pihak IPT masing-masing untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai tawaran ini.

Apple Online Store

Pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian di https://www.apple.com/my/education/higher-education/.Sebarang pertanyaan boleh hubungi Apple online toll 1800-80-6419.

So pelajar-pelajar IPT, jangan lupa mohon ye!

SKIP THIS AD ×