berita

Korang Penggemar Makanan Korea? Cuba 4 Hidangan Pilihan Kami Ni Di emart24, Gerenti Puas Hati!

August 13th, 2021 | by Sya Alkaf
Shout Out!

Annyeong! Berita baik untuk semua penggemar produk Korea, sekarang kita dah ada kedai serbaneka dari Korea yang baru! Wohoo!

Kedai emart24 pertama di Wisma Touch ‘n Go, Bangsar dah pun mula dibuka kepada pelanggan sejak Jun yang lalu diikuti kedai kedua mereka di Desa Sri Hartamas. Dekat sini diorang menawarkan pelbagai jenis seleksi makanan serta bermacam produk lain daripada negara oppa BTS korang!

emart24 tak sama macam kedai serbaneka lain tau, bila ke sini korang akan perasan ianya direka sebagai sebuah artisanal store yang menawarkan produk pada harga mampu milik berbanding kedai serbaneka lain dengan konsep sama.

Senang cerita dekat sini, feeling dia lebih macam dalam drama Korea sebab korang boleh lepak dan makan dekat situ terus. Bayangkan makan ramen dan gimbap sambil catching up dengan member korang lepas habis PKP ni. Bestnya!

Tapi buat masa sekarang ni boleh tapau bawak balik je dulu ya..

4 makanan kegemaran kami di emart24 yang korang kena cuba!

Cupbap

Untuk pesan Cupbap ni mula-mula korang kena pilih perasa yang korang nak sama ada bulgogi chicken, bulgogi beef, tuna mayo atau grilled salmon kemudian teruskan dengan pilihan sos yang tersedia termasuk soy garlic, gochujang mayo atau sweet chili lime.

Lepastu dah boleh makan! Yang ni memang korang wajib cuba! Rasanya lebih kurang sama dengan bibimbap cuma yang ni dalam cup. Kalau makan masa panas-panas tu fuhh memang layan.

Tteokbokki

Boleh dikatakan ni antara tteokbokki paling sedap saya pernah rasa! Tak terlalu pedas dan fishcake dalam tteokbokki ni memang menjadi pelengkap hidangan!

Rice cake pula tak terlalu kenyal, konsistensi dia just nice! Sama macam Cupbap tadi yang ni pun kena makan masa tengah panas untuk kepuasan maksimum!

Fishcake (Cheese)

Dalam gambar tak berapa nampak tapi ada cheese dekat tengah-tengah fishcake ni. SUPER SEDAP! Kalau makan sambil tengok K-drama ni paling tak ada kena beli 3 baru cukup, setakat satu tak puas makan!

Gimbap

Ada macam-macam jenis gimbap yang boleh korang pilih dekat emart24, sampaikan rambang mata dibuatnya.

Tapi walau apa pun perasa pilihan korang kami jamin rasanya memang sedap sebab kesemua hidangan di emart24 menggunakan bahan berkualiti tinggi bagi menjamin kepuasan buat pelanggan.

Paling penting sekali, kesemua bahan untuk makanan ‘fresh food’ adalah dari sumber yang halal. Jadi, tak perlu lah korang risau okay?

Apa yang kami kongsikan ni hanyalah sebilangan kecil daripada apa yang ditawarkan emart24. Belum lagi termasuk ais krim, snek, kopi dan macam-macam makanan sedia dimakan yang lain. Korang kena pergi tengok sendiri tau!

Barangan kecantikkan pun ada

emart24 juga menawarkan pilihan produk penjagaan kulit dari pelbagai jenama Korea. Nak facemask? Pelembap bibir? Minyak Wangi? Pewarna rambut atau produk kecantikan lain? Semuanya ada di sini. Mudah kan? Dekat satu tempat je korang boleh dapat semua barang keperluan.

emart24 komited dalam menjadikan pengalaman membeli korang di sini lebih baik melalui teknologi yang mereka ada. Antara perancangan inovatif yang bakal diketengahkan adalah dengan menyediakan kiosk layan diri untuk urusan pembayaran. Jadi, tak perlu dah nak beratus panjang dekat kaunter lepas ni!

Haa.. Dah tengok segala makanan dan produk dekat emart24 ni takkan korang tak teruja kan? Jom lah ke emart24 sekarang juga! Gerenti korang tak cukup tangan nak membeli nanti!

Alamat penuh emart24

Bangsar South: Ground Floor, Wisma Touch ‘n Go Tower 6, Avenue 5, The Horizon Bangsar South, 59200 Kuala Lumpur

Sri Hartamas: 72-G, Jalan 27/70A. Desa Sri Hartamas. 50480 Kuala Lumpur

Untuk sebarang maklumat lanjut korang boleh layari laman web emart24 di SINI atau terus ke Facebook dan Instagram mereka di SINI dan SINI.

SKIP THIS AD ×