berita

Korang Penggemar Starbucks? Ini 3 Menu Menarik Korang Boleh Cuba Kalau Nakkan Kelainan!

January 7th, 2022 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Buat para penggemar Starbucks dan kopi diluar sana, korang tahu tak Starbucks ada minuman baharu? Rugi kalau korang tak cuba dua menu baru ni. Ianya berbeza dengan kopi dan teh yang ditawarkan sebelum ini. Lepastu, ada juga minuman yang sebelum ni dapat sambutan hangat buat comeback! Yeay!

Bukan tu je, sempena sambutan tahun harimau, Starbucks menawarkan banyak merchandise seperti mug, hot cup, tumbler dan banyak lagi la... Nak tahu minuman apa yang kami maksudkan dan rekaan terkini merchandise Starbucks? Korang kena scroll sampai bawah tau!

Setiap hirupan Starbucks® Poached Pear Pure Matcha Latte memang memikat jiwa!

Bagi korang yang gemar minuman berasaskan teh hijau, korang memang wajib cuba menu baru Starbucks® Poached Pear Pure Matcha Latte ni. Min recommend minuman ni. Rasa dia yang lemak-lemak manis hasil gabungan sirap manis vanilla dan poached pear, memang memikat jiwa!

Tambahan pula, mereka tambah pear foam dekat atas minuman, jadi ia ada bau dan rasa fruity yang lembut walaupun bahan utama ialah teh hijau. Minuman ni min bagi 4 bintang. Yang ni memang kena dengan tekak min, jadi korang pun cuba la. Mana tahu nanti ianya jadi minuman ni kena dengan jiwa korang jugak.

** Starbucks® Poached Pear Pure Matcha Latte boleh dapati secara sejuk atau panas

Segar sepanjang hari dengan Starbucks® Poached Pear Oolong.

Next, kita ada Starbucks® Poached Pear Oolong. Minuman ni, sesuai buat korang yang gemarkan rasa minuman yang lembut. Secara personal, kalau korang  tak minum kopi atau first timer nak minum Starbucks, min recommend minuman baru ni. Rasanya lebih subtle dan bau minuman ni pun lembut je.

Korang yang dah penat seharian kerja pun, kalau pekena Starbucks® Poached Pear Oolong ni automatik badan akan rasa segar. Lagipun gabungan sos Vanilla, pear dan ketulan halus buah pear dalam minuman ni berikan tekstur unik pada minuman. Korang cuba la sendiri. Nak explain susah. Nanti orang ingat min syok sendiri pulak. 4 bintang untuk Starbucks® Poached Pear Oolong!

** Starbucks® Poached Pear Oolong boleh dapati secara sejuk atau panas

Starbucks ® Smoked Butterscotch Latte kembali lagi!

Setelah sekian lama menyepi, Starbucks® Smoked Butterscotch Latte kini kembali. Banyak sangat permintaan dan feedback yang baik tentang minuman ni. Ada yang kata rasanya lemak berkrim, pahit-pahit lembut dan aroma smoked butterscotch tu yang paling dirindui ramai.

Dihasilkan dengan menggunakan campuran espresso, sos smoked butterscotch dan diadun bersama steamed milk. Memang cair la sesiapa yang menikmatinya. Lebih istimewa lagi, minuman ini korang boleh sesuaikan dengan selera korang. Kalau tak nak guna steamed milk, korang boleh je pilih untuk guna susu oat atau susu badam atau whipped cream.

Sambil minum-minum tu, jangan lupa untuk try Cranberry Raisin Cake. Baru la layan bila lepak minum dengan family dan kawan-kawan tu!

Merchandise sempena Tahun Harimau dah available!

Disamping adanya menu baru, Starbucks juga telah melancarkan merchandise bagi tahun 2022 sempena Tahun Harimau. Korang yang gemar kumpul merchandise Starbucks tu, memang kena ada koleksi kali ni tau! Kenapa? Sebab rekaannya lebih bold dan fierce terutamanya rekaan mug dan kad Starbucks. Comel sangat, dah la rekaannya 3D tau. I like!!!

Anatara merchandise lain yang korang boleh dapatkan adalah plastic cup, hot cup dan tumbler. Semuanya comel-comel dan sesuai korang nak guna dirumah, guna di pejabat atau nak bawa jalan-jalan. Ahh..min rasa macam nak beli semua!

Nak tengok sendiri rekaan merchandise sempena tahun Harimau, 2022? Korang boleh je singgah kemana-mana cawangan Starbucks. Cuma di Sabah dan Sarawak je masih belum ada lagi.

Untuk maklumat berkaitan promosi dan event Starbucks yang akan datang, korang follow je instagram @mystarbucks dan Facebook Starbucks Malaysia.

SKIP THIS AD ×