berita

Korang Pernah Jumpa Perempuan Yang #WaniTough? Ini 3 Personaliti Yang Cukup Inspiring Weyh!

February 22nd, 2019 | by Mastura
Sponsored Post

Kau perempuan mana boleh buat benda-benda macam ni.. Nampak tak girl laa….

Korang yang ladies tu, pernah tak dapat sterotaip macam ni? Ada je orang nak judge kalau korang buat something yang lain. Hmm.. Kenapa ya?

Korang mesti tak pernah jumpa spesis #WaniTough kan? Haa diorang ni perempuan jenis baru tau! Tak ramai tahu dan ramai tak pernah jumpa. Ni 3 personaliti yang admin admire sangat sebab diorang ni memang memenuhi ciri #WaniTough!

1. Nana pecah dominasi dalam sukan bina badan

Nana Al Haleq (Selebriti kecergasan)

Jarang perempuan nak join aktiviti bina badan. Mana taknya, sukan ni menguji daya ketahanan fizikal dan mental seseorang individu.

Namun bagi Nana Al Haleq, dia berjaya membuktikan bahawa wanita pon boleh menceburi bidang ni walaupun di awal kemunculannya dia dipandang pelik.

Setelah hampir 7 tahun berkecimpung dalam dunia ni, Nana berjaya menjadi jurulatih kecergasan, hos kecergasan televisyen dan jurugaya badan.

Dia turut memiliki populariti tersendiri di Instagram, di mana dia sering berkongsi rutin kecergasan harian dengan followersnya. Kalau korang follow ig dia, korang pon akan amaze dengan aktiviti yang dia lakukan. Tapi dia tetap maintain feminin. Jealous tau tengok!

2) Major Patricia Yapp, wanita pertama Asia kemudi jet pejuang MiG-29. Tabik!

Major Patricia Yapp (Juruterbang Jet Pejuang)

Siapa kata wanita kaum yang lemah? Major Patricia Yapp, anak kelahiran Sandakan ni mampu buktikan yang wanita mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan lelaki.

Walaupun pada mulanya, Patricia terpaksa merahsikan permohonannya ke Kolej Tentera Udara Diraja Malaysia kerana tak mendapat persetujuan dari bapanya, kini, beliau memegang rekod sebagai wanita pertama Asia yang menjadi juruterbang jet pejuang Mikoyan MiG-29! Fuh!

Kalau korang nak tahu, beliau juga adalah seorang juruterbang yang membawa operasi dan taktikal dengan Skuadron No 17/19 “Smokey Bandits” di Pangkalan Tentera Udara Kuantan. Major Patricia Yapp dah buktikan tiada yang mustahil!

3) Penyanyi ke litar lumba. Tiada yang mustahil untuk Nabila Razali

Nabila Razali (Penyanyi)

Nabila Razali, siapa je tak kenal dia ni? Penyanyi yang terkenal dengan gimiknya yang tersendiri. Walaupun sering dikecam oleh netizen, kecekalan Nabila patut dipuji sebab dia tak hiraukan semua itu dan buktikan dia mampu pergi lebih jauh.

Walaupun dilihat lemah lembut, tapi Nabila tak kurang hebatnya kerana pada tahun lepas dia menyertai Toyota Gazo Racing, perlumbaan kereta di litar lumba.

Korang bayangkan artis yang korang tengok lemah lembut tiba-tiba sertai lumba kereta. Hebat giler kan? Admin pon tak berani nak bawak kereta laju-laju ni.

Korang pon boleh jadi #WaniTough cam diorang. Kongsi cerita korang dengan NESCAFÉ Rose Latte!

Haa.. Korang rasa korang ada cerita macam mana korang jadi seorang #WaniTough yang lagi kuat daripada diorang ni? Apa kata korang sharekan cerita korang dengan kami.

Mudah je caranya, korang berpeluang untuk memenangi baucar barang kemas daripada NESCAFÉ New Rose Latte yang bernilai sehingga RM20,000 tau!

Nak tau macam mana? Ni kami share sikit:

1. Follow Instagram @ohbulanofficial.
2. Post gambar korang di Instagram bersama dengan tin minuman NESCAFÉ New Rose Latte.
3. Kongsikan cerita #WaniTough korang bersama dengan hashtag #WaniToughOHBULAN & #NescafeRoseLatte dan tag @ohbulanofficial pada gambar korang.
4. Tag 2 rakan #WaniTough korang sekali ya.

Ha… Nabila Razali dah join, korang tak nak ke? Jom ramai-ramai sertai peraduan #WaniTough bersama NESCAFÉ New Rose Latte hari ni juga!