berita

Korang Rasa Dah Berikan Yang Terbaik Untuk Anak Korang? Hmm.. Cuba Check Balik!

October 8th, 2018 | by Epul
Kini Trending

 

Sebagai ibu bapa, korang semestinya nak berikan yang terbaik untuk anak-anak korang. Kalau boleh, semua benda nak lengkap dan sempurna. Nak pakaikan diorang baju yang cantik, belikan barang mainan yang berkualiti dan berikan susu tepung rumusan kanak-kanak yang berkhasiat.

Tapi korang sedar tak, dalam fokus korang nak berikan yang terbaik ada aspek yang korang terlepas pandang. Terutama sekali berkaitan susu tepung rumusan anak-anak korang. Tak percaya?

Ni satu lagi fakta yang kami nak kongsi, menurut kajian 7 daripada 10 orang ibu di Malaysia tidak tahu terdapat gula tambahan dalam produk susu formula anak-anak mereka!

Korang rasa benda ni remeh? Haa.. Ni kami nak kongsi kenapa gula tambahan ni bahaya untuk anak-anak korang.

Apa tu gula tambahan?

Gula tambahan ni ialah gula atau sirap yang ditambah ke dalam makanan atau minuman yang disediakan ataupun diproses. Ini tidak termasuk gula semula jadi yang terdapat pada susu dan buah-buahan ya!

Bahaya ke gula tambahan dalam susu formula?

Kalau korang makan banyak sehingga berlebihan, berat badan korang mesti naik kan? Haa.. Macam tu jugalah dengan kesan gula tambahan ni.

Cuba korang bayangkan, korang beri anak-anak korang minum susu tepung rumusan yang mempuyai gula tambahan tersembunyi di dalam bahan-bahannya dan pada masa yang sama, korang turut berikan makanan ruji yang lain seperti roti, kek, kuih-muih dan sebagainya.

Hmm.. Korang sedar tak, anak korang sebenarnya telah mengambil gula tambahan seharian lebih daripada yang mereka perlukan. Gula tambahan berlebihan inilah, mungkin menyumbang kepada obesiti dalam kalangan kanak-kanak, sekiranya kanak-kanak ini kurang aktif untuk menggunakan tenaga daripada gula tambahan yang diambil secara berlebihan ini.

Mengikut statistik terbaru dari National Health Morbidity Survey, lebih dari 6% kanak-kanak bawah usia lima tahun di Malaysia dikenalpasti mempunyai berat badan berlebihan!

Manakala, lebih kurang  12% kanak-kanak dan remaja berumur dibawah 18 tahun pula diklasifikasikan sebagai berat badan berlebihan atau obesiti!

Gula tambahan ni juga boleh menyebabkan kaviti pada gigi. Bila gigi rosak mestilah anak-anak korang hilang selera nak makan.

Selain tu, ia boleh beri kesan kepada deria rasa kanak-kanak di mana mereka akan lebih cenderung untuk memilih makanan yang lebih manis daripada makanan biasa. Bahaya kan?

Apa yang korang perlu lakukan?

Semasa memilih susu tepung rumusan untuk anak korang, penting untuk memilih susu tepung rumusan tanpa gula tambahan. Ni lagi satu fakta kami nak kongsi, menurut kajian 8 daripada 10 ibu tidak tahu cara mengenal pasti gula tambahan dalam susu tepung rumusan anak-anak mereka. Tapi korang tau tak, sebenarnya mudah je nak kesan gula tambahan dalam susu formula anak-anak korang.

Semak label dengan 2 langkah mudah!

Langkah 1: Kenal pasti senarai ramuan

Langkah 2: Cari nama-nama gula tambahan seperti tertera di sini:

  • Maltodekstrin
  • Pepejal Sirap Glukosa
  • Sukrosa
  • Gula Perang
  • Pepejal Sirap Jagung
  • Dekstrosa
  • Glukosa
  • Fruktosa
  • Maltosa

Korang tau tak? Semakin awal gula tambahan berada dalam susunan ramuan, semakin tinggi kandungannya dalam produk tersebut.

Yang penting yang korang kena tau, Sucrose bukan satu-satunya gula tambahan dalam produk susu formula yang terdapat di pasaran. Banyak lagi sebenarnya cuma menggunakan istilah yang berbeza.

Cuba korang bayangkan, makin banyak kandungan bahan seperti senarai di atas, semakin banyak gula tambahan dalam susu formula anak-anak korang! Bahaya kan?

Kalau nak lebih mudah untuk check label produk susu formula, korang layari je laman web ni; www.anmum.com.my

Bertukarlah kepada Anmum™ Essential hari ini!

Anmum™ Essential adalah satu-satunya susu tepung rumusan untuk kanak-kanak dengan 0% Gula Tambahan* dan 100% Kebaikan Susu.

Kini dengan Mind-Q Connect, mengandungi DHA dan 2x lebih GA® (Gangliosida)**.

Jadi ibu-bapa, maksimumkan hubungan sel-sel otak anak anda hari ini dengan berinteraksi bersama anak dengan pemakanan yang baik.

*Sukrosa, Pepejal Sirap Glukosa, Pepejal Sirap Jagung, Gula Perang, Dekstrosa,  Laktosa, Fruktosa, Madu dan Gula Putih didefinasikan sebagai ‘gula’ dan ‘gula tambahan’ di bawah piawaian CODEX 212-1999 dan CAC/GL231997.

CODEX mewujudkan dan meyelaraskan garis panduan dan kod amalan piawaian makanan antarabangsa.

Di bawah Akta Pemakanan Malaysia1985, Sukrosa, Gula Perang, Dekstrosa, Glukosa, Fruktosa dan Madu didefinasikan sebagai bahan pemanis.

Di bawah Piawaian Pemakanan Australia New Zealand – Standard 1.1.2, Sirap Glukosa, Maltodekstrin dan produk serupa didefinasikan sebagai gula.

**berdasarkan formulasi terdahulu.

 

Dengan Anmum™ Essential ni, korang dapat pastikan anak-anak korang mendapat kesemua nutrien penting seperti DHA dan 2 kali lebih GA yang membantu perkembangan sel otak mereka.

Haa.. Nak tahu lebih lanjut tentang kebaikan Anmum™ Essential korang boleh layari laman web yang tertera; www.anmum.com.my.

Jadi bertukarlah kepada Anmum™ Essential hari ini untuk memastikan anak korang mendapatkan perlindungan dan khasiat yang terbaik dalam susu formula mereka.

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×