berita

Korang Rasa, Korang Hebat Main Bola? Jom, Join Contest Arena Bola PETRONAS Ni!

June 26th, 2018 | by Amat
Shout Out!

Disamping kemeriahan sambutan Hari Raya, korang juga pasti menantikan dan menonton aksi pemain pasukan bola sepak dunia dalam pertandingan The 2018 FIFA World Cup kali ke 21! Kali ni pertandingan berlangsung di Rusia bermula pada 14 Jun sehingga 15 Julai 2018.

Haa..bagi peminat bola sepak, korang ni pilih nak pergi beraya ke atau menonton bola? Kalau admin, dua-dua sekali jalan. Yela, sambil tu boleh juga lepak dengan keluarga dan saudara mara sambil tengok bola kan! Pasti meriah!

Tapi, admin nak kongsi satu berita baik punya, dengan korang, dah alang-alang demam bola ni, PETRONAS mengadakan satu contest menarik! Kalau korang ‘terer’ apa kata try dulu, mana tau boleh menang hadiah! Nak tahu detail, jom baca!

Korang berpeluang rebut baucar Adidas bernilai RM3000!

Fuyyoo…boleh dapat baucar Adidas bernilai RM3000! Siapa nak bagi korang baucar Adidas yang berharga macam ni! Seramai lima pemenang pula bagi setiap minggu! Mana la tahu, korang bertuah di bulan mulia ni. Nak tahu caranya? Mudah je, meh, admin tunjukkan cara nak join!

  1. Isi minyak PETRONAS Primax bernilai RM40 dimana-mana stesen minyak berdekatan korang
  2. ATAU beli dua kali Kombo Bola di Kedai Mesra dan swipe kad Mesra.
  3. Whatsapp ‘Hi PETRONAS’ ke nombor berikut 016-3418807
  4. Ikut langkah seperti yang ditunjukkan di telefon bimbit korang, lepas tu upload image resit sebagai bukti pembelian.

Lepas tu, ada pulak ARENA BOLA DIGITAL GAME! Korang berani ke?

Korang hanya perlu pergi ke laman web Arena Bola Digital PETRONAS atau [klik sini] senang, terus ke laman berkenaan! Dengan penyertaan GAME digital ni korang berpeluang memenangi hadiah harian yang berbaloi-baloi! Ruginya, kalau tak join! Tunggu apa lagi, ajak kawan-kawan yang kaki bola tu, pasti gempak!

Contest ni bermula pada 11 Jun hingga 22 Julai 2018. Nak tahu lebih lanjut apa lagi contest yang ada, boleh [klik sini] dan jangan lupa hastag #arenabolapetronas serta tag @petronasbrands. Lagi satu, di musim perayaan ni jangan lupa berhati-hati di jalan raya!

SKIP THIS AD ×