berita

Korang Sekeluarga Hebat Memasak? Jom Sertai Uji Bakat ‘Terpaling Masak’ Program Terbaharu Di TV9!

February 14th, 2022 | by Amirul Asraf
Shout Out!

Korang sekeluarga hebat memasak? Jom sertai uji bakat program realiti masakan terbaharu di TV9 iaitu ‘Terpaling Masak’. TV9 mencari pasangan berumur 18 tahun dan ke atas, mempunyai ikatan keluarga, pandai memasak, petah bercakap dan berperwatakan menarik. Kalau korang ada semua kriteria yang dicari, jom sertai uji bakat sekarang!

Cara-cara penyertaan

  • Rakam aksi kumpulan korang sedang menyediakan hidangan istimewa berdurasi 3 minit.
  • Muat naik video uji bakat korang di ruangan yang disediakan di dalam borang penyertaan.
  • Korang juga boleh kongsi video uji bakat di Facebook, Instagram atau YouTube dengan menggunakan #terpalingmasakTV9 dan tag @tv9malaysia. Pastikan akaun atau video korang dalam tetapan umum dan lengkapkan borang penyertaan.
  • Hanya penyertaan yang disenarai pendek akan dihubungi oleh pihak produksi.

Tips video uji bakat

  • Mulakan video uji bakat dengan sesi pengenalan diri daripada kumpulan korang.
  • Ceritakan tentang hidangan istimewa yang disediakan dan tunjukkan cara-cara penyediaan.
  • Korang juga boleh kongsikan apa sahaja yang menarik tentang kumpulan korang atau juadah paling istimewa yang boleh disediakan.
  • Digalakkan untuk bercakap menggunakan Bahasa Melayu.
  • Jangan lupa untuk bergembira dan menjadi diri sendiri. Ini tips yang paling penting okay!

Jadi, korang semua tunggu apa lagi? Inilah peluang dan masanya untuk tunjuk skill memasak korang di kaca televisyen. Untuk korang yang berminat dan mahu sertai uji bakat ‘Terpaling Masak’, uji bakat ini dibuka mulai 1 Februari yang lalu sehingga 28 Februari ini.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×