berita

Korang Suka Rupa Mekap Bersahaja? Ini 5 Tips Untuk Capai “No Makeup, Makeup Looks” Dengan Mudah!

September 13th, 2023 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Ramai yang beranggapan nak capai no makeup, makeup looks ni susah.

Sebenarnya tidak ye kawan-kawan. Ada beberapa tips dan tricks yang korang boleh guna untuk dapatkan solekan yang bersahaja, incase korang nak buat aktiviti sukan, aktiviti riadah, pergi pasaraya dekat rumah, pergi kenduri atau keluar makan dengan rakan, suami mahupun keluarga.

So, perkongsian kali ini, min dedikasikan untuk korang yang suka solekan tipis tapi naik seri wajah.

Capai “no makeup, makeup looks” dengan mudah

Ada beberapa tips atau cara untuk korang capai solekan no makeup, makeup looks. Cuma kali ni min kongsikan 5 tips je sebab 5 ni tips ni pun dah boleh buat korang tampil berseri sepanjang hari.

1. Guna krim blusher

Memerahkan pipi adalah salah satu teknik yang korang boleh gunakan untuk menaikkan seri wajah.

Ratakan pemerah pipi setipis mungkin pada kulit. Tak perlu banyak cukup sekadar untuk buat pipi nampak sedikit kemerahan seakan-akan dicium sinaran matahari.

Kalau boleh guna pemerah pipi dari jenis cecair atau krim.

2. Pakai bedak tabur

Antara tips lain untuk capai no makeup, makeup looks, ialah dengan menggunakan bedak tabur.

Bedak tabur ni best sebab dia ringan, tak tebal. Bagi yang ada kulit berminyak, korang wajib pakai bedak tabur sebab ia akan bantu serap minyak yang ada pada permukaan kulit.

3. Tak perlu lukis kening, bentuk dengan wax atau guna maskara kening

Kening adalah bahagian penting dalam solekan. Bagi solekan no makeup, makeup looks, min sarankan korang bentuk kening korang dengan wax, kemudian guna je maskara kening untuk isi lompong-lompong yang ada pada kening.

4. Apply pelembap bibir berwarna atau lip tint atau lip gloss.

Tips ke-4 untuk mencapai solekan no makeup, makeup looks, ialah dengan memilih pelembap bibir berwarna atau lip tint dengan warna lembut.

Sapu layang-layang je. Sekadar bagi bibir tu nampak kemerah-merahan.

5. Guna Sunplay Skin Aqua Tone Up UV Essence, Best Colour Correcting Sunscreen!

 

Tidak hanya memberikan perlindungan daripada sinaran matahari UVA dan UVB, Sunplay Skin Aqua Tone Up UV Essence juga buat kulit wajah nampak sihat, cerah dan berseri.

Terdapat 3 variasi pilihan sunscreen yang ditawarkan mengikut keperluan dan jenis kulit korang.

1. Lavender Tint.

2. Rose Tint.

3. Green Tint.

 

Memiliki SPF50+ PA++++ Broad spectrum protection from UVA & UVB  ketiga-tiga Sunplay Skin Aqua Tone Up UV Essence ini mengandungi serbuk Mutiara yang menjadikan wajah cerah berseri, tidak kusam dan dalam masa sama menyembunyikan ketidaksempurnaan kulit wajah.

Jadi, kulit terlindung daripada sinar matahari dan dalam masa yang sama kulit tampak lebih sihat dan berseri.

Tekstur Sunplay Skin Aqua Tone Up UV Essence ni ultra ringan. Mudah untuk diratakan pada wajah, tidak melekit, kalis air dan menyerap dengan cepat ke dalam kulit.

Diformulasi dengan bahan-bahan penjagaan kulit yang melembapkan wajah  seperti Hyaluronic Acid, Vitamin C & Pure Nuance Complex, Sunplay Skin Aqua Tone Up UV Essence membantu mencegah jeragat dan bintik-bintik gelap.

Hasilnya kulit jadi lebih cerah dan anjal.

Semoga perkongsian min kali ni dapat bantu korang tampil yakin semasa melakukan kegiatan harian korang.

Bukan apa, tak semua tempat dan acara memerlukan korang bersolek tebal. Bak kata orang putih, less is more.

Disclaimer, mekap tidak boleh menutup tekstur pada wajah. Sebaliknya, mekap membantu menutup cela, kemerahan dan tona yang tidak sekata pada wajah agar kita rasa lebih yakin bila keluar dan berhadapan dengan orang ramai. Tidaklah wajah kita nampak kusam, pucat dan tak bermaya.

Dapatkan Sunplay Skin Aqua Tone Up UV Essence di mana-mana Watsons, Guardian atau farmasi yang berdekatan dengan korang.

Klik link dibawah untuk membuat pembelian online.

SKIP THIS AD ×