berita

Korang Tahu Tak Duit KWSP Boleh Biayai Kos Perubatan Penyakit Kritikal, Peralatan Perubatan & Rawatan Kesuburan?

October 31st, 2023 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Sebagai pencarum dan rakyat Malaysia, min sebenarnya terkejut bila dapat tahu ramai dikalangan pencarum-pencarum KWSP yang tak tahu bahawa wang mereka boleh digunakan untuk membiayai kos perubatan penyakit kritikal atau peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan juga rawatan kesuburan.

Apa yang mereka faham, KWSP adalah wang caruman daripada majikan dan diri sendiri untuk kegunaan pada hari tua nanti.

Tak dinafikan simpanan KWSP penting di usia persaraan kita nanti tetapi KWSP tak kejam… korang juga perlu tahu bahawa wang yang kita simpan itu sebenarnya boleh digunakan untuk pelbagai lagi tujuan termasuklah kesihatan.

Tampung kos rawatan hospital.

Seronok menyimpan di dalam KWSP! Bukan sahaja korang akan menerima dividen tetapi KWSP juga membenarkan ahli yang menghadapi masalah kesihatan untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai kos perubatan penyakit kritikal sama ada untuk diri sendiri, pasangan, anak-anak, ibu, bapa dan adik-beradik.

Banyak sebenarnya perlindungan kesihatan yang berada dibawah KWSP. Kalau korang nak tahu penyakit apa yang KWSP cover, korang boleh layari https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals/partial/health untuk maklumat lanjut.

Boleh digunakan untuk rawatan IVF.

Kredit: Mahkota Medical Centre

Selain bagi tujuan kesihatan, KWSP turut membenarkan ahli yang menghadapi masalah kesuburan untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai kos rawatan Persenyawaan in Vitro (IVF).

Jadi buat pasangan-pasangan yang merancang dan berniat nak buat IVF, korang boleh je guna simpanan Akaun 2 KWSP.

Banyak faedah menabung dengan KWSP

Sebab itulah penting untuk korang mencarum dengan KWSP… Banyak kelebihan yang korang terima termasuklah penerimaan dividen setiap tahun.

Lagipun, simpanan KWSP boleh digunakan ketika waktu kecemasan. Jadi, kita ada alternatif lain untuk membiayai kos perubatan apabila diperlukan kelak.

Nasihat min jangan sebab nak seronok dan enjoy sekarang, korang keluarkan duit KWSP… Tak ke korang rugi? Nanti bila betul kecemasan, nak pakai duit… dah takde duit korang tu.

So, jom #simpanbaikbaik dengan KWSP agar nasib kita dan keluarga terbela kelak.

Bagi yang nak tahu inisiatif-inisiatif lain yang ditawarkan oleh KWSP, korang boleh muat turun aplikasi KWSP i-Akaun.

KWSP mahu pastikan pencarum terbela di hari tua!

Mahu mencapai visi dan misi mereka selaku badan yang menjaga dan memantau kebajikan ahli-ahli mereka, KWSP komited untuk memastikan ahli-ahli mereka terbela di hari tua nanti.

KWSP mahu korang tahu cara yang betul untuk menguruskan kewangan pada masa akan datang. Dah ada financial literacy yang tinggi, maka makin mudah untuk korang faham betapa pentingnya menguruskan kewangan dengan bijak, sama ada ianya keperluan atau kehendak. Ada beza tau!

At least, bila kita dah tua nanti, dah tak larat bekerja, hidup kita tak melarat. Sebaliknya, kehidupan masih tetap boleh diteruskan seperti biasa dengan gembira menggunakan dana simpanan yang ada sambil menikmati secawan teh ataupun kopi.

Muat turun aplikasi KWSP i-Akaun sekarang!

Apps Store: Aplikasi KWSP i-Akaun

Huawei App Gallery : Aplikasi KWSP i-Akaun

Google Play: Aplikasi KWSP i-Akaun

SKIP THIS AD ×