berita

Korang Takde Plan Untuk Cuti Krismas! Serbu Event Ni Jom! Masuk Percuma!

December 5th, 2018 | by Intan Mahsuri
Shout Out!

Tup-tup dah nak hujung tahun dah. Dah 3 perayaan utama negara kita rayakan iaitu Sambutan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali. Apa yang belum dan bakal kita nantikan ialah perayaan Krismas. Nak cuti dan balik kampung la katakan… Excited je rasa!

Bagi korang yang belum ada plan nak buat apa sepanjang bulan Disember dan Krismas nanti, apa kata korang datang dan meriahkan sambutan Krismas yang bakal diadakan di Bandar Sri Sendayan. Butiran dekat bawah, okay?

Tema: Enchanted Christmas 2018
Tarikh: 8 – 31 Disember 2018
Masa: 3 petang – 10 malam
Tempat: d’tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan

Pelbagai acara untuk semua peringkat umur!

Kalau korang nak tahu, demi sambutan Krismas yang lebih awesomed’tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan telah dihiasi dengan pelbagai hiasan Krismas yang sangat menarik. Diorang juga ada konsert mini Pororo & Friends dan Pinkfong & Baby Shark.

Bukan itu sahaja, korang kena alami dan rasai sendiri Carriage rides dan Winter Wonderland Inflatable Globe,  ianya rumah salji yang dibina khusus untuk memberi para tetamu peluang merasai musim sejuk. Lagipun ada rusa… Memang Ho! Ho! Ho sangat! Terasa kemeriahan sambutan Krismas kali ni!

Bukan kanak-kanak je seronok kalau macam ni, dengan mak, ayah, kakak dan abang pun enjoy sekali! Slot bagi program adalah seperti dibawah. Jadi boleh la korang nak ambil cuti awal-awal dan bawa ahli keluarga korang ke d’tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan untuk sambutan Krimas kali ni.

Pororo & Friends:
Konsert Mini ( 4 petang, 7 malam, 9 malam) 8 – 9 Disember & 15-16 Disember

Pinkfong & Baby Shark:
Konsert Mini ( 4 petang, 7 malam, 9 malam) 22 – 23 Disember & 29 – 30 Disember

Carriage Rides ( Hanya pada 22 & 23 Disember )

Winter Wonderland Inflatable Globe

Pertunjukan Rusa hidup (waktu rusa makan)

Aktiviti lain yang tak kurang hebatnya!

Ni la Jingle Bell Toss Game. Nak tahu macam mana main ni! Kena datang event tau.

Selain daripada konsert mini, ada beberapa lagi aktiviti yang menarik seperti Face Painting & Fridge Magnet Sketch, Santa Hat Decoration Workshop, Jingle Bell Toss Game Stall, Ring Toss Game Stall, Floating Pixels, Claw Machine dan Snow & Ladder! 

Kalau korang nak tau, semua game dan aktiviti ni ada sepanjang tempoh 8 hingga 31 Disember, jam 3 petang hingga 10 malam (pada hujung minggu je) Korang boleh je datang anytime untuk sama-sama have fun.

Ada persembahan lagi… Power!

Admin tahu banyak aktiviti menarik yang admin dah mention untuk korang join tadi. Bagi korang yang lebih prefer untuk luangkan masa dengan anak, admin cadangkan korang datang semasa persembahan pentas ini diadakan. Ada banyak tau! Pilih la yang sesuai buat korang dan anak korang.

Antara persembahan pentas yang diorang ada termasuklah Winter Ballet Performance (8 Disember)Magic & Dance Show (9 Disember), Acapella Christmas (15 Disember), Quick Change Performance (16 Disember), Winter Mirror Dance (29 Disember) dan Santarina Fairy Show (30 Disember),

Jadi, apa lagi yang korang semua tunggu. Jom meriahkan sambutan krimas tahun ni yang bertempat di d’tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan. Masuk adalah PERCUMA tau. Korang mesti enjoy event Krismas kali ni. Ho Ho ho!

Website: www.Sendayan.com.my

Facebook: Matrix Concepts

Diadakan oleh: Matrix Concepts Holdings Berhad

No telefon: 1800 88 2688

SKIP THIS AD ×