berita

Korang Takut Obesiti? Jom Ketahui Cara Untuk Eat Like A Pro Dengan Beko dan Barcelona FC.

June 22nd, 2018 | by Epul
Kini Trending

Korang tau tak, penduduk Malaysia mempunyai kadar obesiti yang paling tinggi di Asia Tenggara? Hasil kajian World Health Organisation (WHO) pada tahun 2011 menunjukkan, 44.2 peratus rakyat Malaysia mempunyai BMI melebihi indeks yang sihat. Betul ke?

Ini kajian semasa tahun 2011, korang bayangkan sekarang dah 2018… Tak mustahil hampir separuh daripada rakyat Malaysia hari ini menghidap obesiti..

Bukan itu saja, ada kajian daripada WHO juga menyatakan tahun 2025 nanti, seramai 70 juta kanak-kanak di seluruh dunia akan menghidap obesiti ni. Hmmm… Takutnya..So, apa kita kena lakukan?

Beko dengan Barcelona FC perangi masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak.

Korang mesti tahu tentang pasukan bola sepak Barcelona FC kan? Alah, yang ada Pique, Messi, Suarez, Ter Stegen dengan Rakitic tu. Tapi korang tau tak Beko tu apa?

Beko ni merupakan satu jenama global yang menjual peralatan dan perkakasan elektronik di rumah. So, bila Beko menyedari betapa bahayanya masalah obesiti ni, mereka dapat idea untuk team up dengan pasukan bola sepak Barcelona FC ni.

Melalui kolaborasi ni, Beko nak tingkatkan global awareness tentang obesiti dengan mengadakan kempen Eat Like A Pro khusus untuk ibu bapa, supaya memberikan anak mereka makanan yang sihat. Kami belanja satu video dulu kenapa masalah obesiti ni merupakan masalah yang serius. Check it out.

Didik tentang pemakanan yang sihat.

Korang yang dah jadi parents mesti tau kan, tak mudah anak-anak nak makan makanan yang sihat  seperti sayur dan buah-buahan. Malah orang dewasa pon kadang-kadang susah nak makan secara sihat. Hmmm…

Melalui kempen Eat Like A Pro ni, pemain bola sepak terkenal daripada Barcelona FC seperti  Pique, Messi, Suarez, Ter Stegen dengan Rakitic akan tunjukkan apa yang diorang makan untuk kekal aktif dan cergas di atas padang. 

Memandangkan kanak-kanak mudah meniru apa yang orang dewasa lakukan, lebih-lebih lagi idola diorang, diharap kempen ni dapat menarik minat diorang untuk makan makanan yang sihat.

Haaa.. daripada situ lah parents boleh galakkan anak-anak diorang untuk ambil makanan yang sihat, macam hero yang diorang minat.

Tak ada idea nak sediakan makanan yang sihat?

Haa..korang tak perlu risau, sebab melalui kempen ni juga, Beko ada menyediakan resepi yang korang boleh ikut untuk prepare makanan sihat buat korang, dan juga anak-anak korang. Klik je kat sini.

Ada macam-macam resepi yang korang boleh cuba, seperti ayam, telur, ikan dan sebagainya untuk berikan korang diet yang seimbang serta dapat cegah daripada masalah obesiti.

#Eat Like A Pro.

Siapa peminat setia Barcelona FC ni, mesti perasan masa perlawananan bola sepak El Clásico 6 Mei lepas, semua pemain FC Barcelona dekat lengan baju diorang ada #EATLIKEAPRO kan?

Masa ni, Beko dengan Barcelona FC galakkan penyokong diorang untuk gunakan hashtag tu. Sebabnya, bagi setiap satu post di media sosial yang menggunakan hashtag #EATLIKEAPRO ni, 1 Euro akan didermakan ke UNICEF untuk memerangi masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak ni.

Cabaran ni dah pun berakhir dan Beko berjaya menyumbangkan 1 Juta Euro kepada tabung UNICEF tau.. Yang lagi best, ada baju edisi terhad juga yang akan dilelongkan. Bertuah siapa yang dapat!

Hmm.. Menarik kan? Dan kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang Beko ni, korang bolehlah terus ke facebook page Beko Malaysia ni.

Sebelum tu, korang kena layan dulu TVC khas daripada team Beko #EATLIKEAPRO  ni. Check it out guys.

https://youtu.be/EUdm3g4qUpY

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×