berita

Korang Tau Tak 10 Spesies Haiwan Liar Ni Terancam? Jom Tengok Apa Inisiatif Cactus!

November 16th, 2018 | by Bieha
Shout Out!

Siapa yang bila penat balik kerja tu, bukak peti ais, terus capai air mineral semulajadi yang sejuk? Perghh..Memang lega! Kalau admin, tiap-tiap hari akan habiskan satu botol besar air mineral semulajadi tau. Pilihan admin, semestinya air mineral semulajadi Cactus!

Rasanya, semua orang kenal jenama ni. Yelah, selain terkandung semua manfaat air mineral semulajadi dan juga berkualiti tinggi, Cactus juga sedar tentang hidupan liar yang terancam di Malaysia dan nak lakukan sesuatu untuk memberi kesedaran kepada orang ramai.

Nak tahu apa yang Cactus lakukan? Jom kami bagitahu..

Cactus, sayang dengan hidupan liar..

Negara kita ni memang kaya dengan khazanah alam termasuklah flora dan fauna. Tapi, makin hari, haiwan-haiwan liar ni makin pupus angkara peneroka haram. Hilang terus habitat asal haiwan-haiwan liar ni semua. Kesian betul! Kesannya, ada antara anak-anak kita yang tak kenal pun spesies-spesies haiwan liar yang terancam ni.

Atas sebab nilah, Cactus tampil dengan inisiatif untuk  menyokong dan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang pentingnya memelihara hidupan liar yang makin terancam.

Kalau korang nak tahu, Cactus telah melancarkan botol Siri Hidupan Liar Edisi Terhad dengan memaparkan 10 spesis hidupan liar yang kini memerlukan perlindungan. Antaranya  tapir malaya, penyu belimbing, orang utan, burung enggang badak, badak sumatera, gajah asia, harimau malaya, monyet bangkatan, tenggiling dan beruang madu di label botol bersaiz 300 ml, 500 ml dan I.5 L.

 

Kalau korang nak sama-sama membantu memberi kesedaran kat orang ramai tentang hidupan liar yang makin terancam ni, jangan lupa beli botol Siri Hidupan Liar Edisi Terhad sebagai tanda sokongan ok!

Yang lagi menarik, dengar cerita, Cactus ada buat sesuatu yang special untuk rakyat Malaysia. Apa dia tu?!!

Mural Street Art, usaha Cactus ajak orang ramai hargai hidupan liar terancam..

Cactus telah menghasilkan Cactus Mural Street Art di dua lokasi berbeza iaitu di Lebuh Victoria, Pulau Pinang dan Lorong Panglima, Ipoh. Ayuh, cari kedua-dua Mural Art ini dan bergambar dengan rakan-rakan sebagai tanda sokongan terhadap pemuliharaan hidupan liar di Malaysia.

Mural di Lebuh Victoria, Pulau Pinang

Mural di Lorong Panglima, Ipoh

Bagi admin, projek ni memang salah satu idea bernas sebab ia sangat penting untuk generasi akan datang dalam mengenal hidupan liar di Malaysia.

Bukan itu je, pelancong dari luar pun confirm akan tertarik dengan mural street art ni dan berminat untuk datang serta melihat sendiri keistimewaan yang terdapat di Malaysia yang mungkin tak dapat dijumpai di negara lain.

Memang tabik spring lah dengan usaha yang dilakukan oleh Cactus ni. Semoga Cactus terus kekal menjadi jenama pilihan rakyat Malaysia!

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari Facebook Cactus Malaysia.