berita

Koronavirus: Dua Pakar Amerika Syarikat Ramal Wabak Akan Berlanjutan Beberapa Bulan

January 29th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Dua orang profesor dari dua buah universiti di Amerika Syarikat memberitahu bahawa wabak koronavirus yang bermula di negara China itu akan menjejaskan sekurang-kurangnya ribuan penduduk dan ia akan berterusan selama beberapa bulan berdasarkan data pertama yang diterima oleh mereka.

Kes ini akan berterusan

Menurut profesor di Universiti Toronto, David Fisman, wabak koronavirus itu dijangka akan berterusan sehingga musim bunga dan musim panas akan datang. David yang merupakan penulis analisis berhubung virus itu untuk Persatuan Penyakit Berjangkit Antarabangsa memberi ramalan awal buat masyarakat supaya siap sedia.

Manakala menurut profesor di Universiti Northeastern, Alessandro Vespignani, koronavirus juga bukan sesuatu wabak yang akan berakhir minggu depan atau bulan depan.

Menggunakan model matematik

Kedua-dua profesor tersebut menggunakan model matematik untuk meramal jumlah sebenar kes yang berlaku dan membandingkan ia bersama wabak terdahulu. Namun banyak teori yang masih tidak dapat disahkan. Minggu lalu, kumpulan penyelidik itu juga menjangkakan ia tidak berjangkit sehingga pesakit mula menunjukkan beberapa simptom seperti demam, masalah pernafasan dan pneumonia.

Menurut pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS), mereka tidak menemui bukti menunjukkan bahawa pesakit yang tidak mempunyai simptom boleh menjangkiti orang lain namun jika ia boleh berlaku, perkara itu semestinya mengubah aspek dinamik virus berkenaan.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.