berita

Koronavirus: Kerajaan Gantung Sementara Kemasukan Rakyat China Dari Bandar Wuhan & Wilayah Hubei

January 27th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengeluarkan satu kenyataan di mana kerajaan telah mengambil keputusan untuk menggantung sementara kemasukan rakyat China dari Wuhan, Hubei dan kelilingnya ekoran penularan koronavirus di negara tersebut.

Kerajaan Malaysia mengikut prosedur

Menerusi Facebook Dr Mahathir, beliau memberitahu bahawa sejak timbulnya kes jangkitan novel koronavirus 2019 di negara China minggu lepas, kerajaan Malaysia telah mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan mendapat nasihat daripada pakar-pakar untuk berdepan dan mencegah jangkitan virus ini dari terus merebak.

Pada masa yang sama, beliau turut memberitahu bahawa pemantauan telah dibuat dari semasa ke semasa untuk memastikan rakyat Malaysia berada dalam keadaan sihat. Tambahnya, kerajaan Malaysia telah mengambil keputusan menggantung sementara kemudahan imigresen iaitu eNTRY, Visa on Arrival, e-visa dan visa manual kepada rakyat negara China dari Bandar Wuhan dan Wilayah Hubei di kelilingnya.

Tidak menyebarkan maklumat palsu

Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan pejabat Perdana Menteri itu, Dr Mahathir turut mengingatkan kepada semua masyarakat di Malaysia agar tidak menyebarkan sebarang maklumat yang palsu dan tidak sah mengenai wabak koronavirus itu. Hal ini kerana, maklumat yang tidak tepat mampu membimbangkan seluruh masyarakat umum.

Sumber: Tun Dr Mahathir Mohamad

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.