berita

Koronavirus: KKM Keluarkan Statistik Semasa & Kesiapsiagaan Hadapi Penularan Wabak

January 28th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan satu kenyataan berkenaan situasi semasa jangkitan novel koronavirus di Malaysia dan kesiapsiagaan KKM menghadapi penularannya.

Menerusi kenyataan tersebut, masyarakat mampu mengikuti perkembangan semasa mengenai wabak itu serta mengetahui langkah yang sewajarnya untuk membendung wabak itu.

Statistik semasa

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, sejak 10 Januari yang lalu sehingga hari ini, seramai 65 orang pesakit terpaksa menjalani pemeriksaan selepas disyaki mempunyai wabak tersebut. 34 orang daripada 65 pesakit itu merupakan warganegara Malaysia manakala, 30 warga China dan seorang dari Jordan. Daripada jumlah tersebut juga, seorang disahkan positif.

Saringan demam menggunakan thermal scanner

Dalam pada itu, tiga pendekatan diambil oleh kerajaan melibatkan aktiviti-aktiviti di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA). Antaranya ialah, menjalinkan kerjasama dengan pihak Jabatan Imigresen Malaysia untuk merujuk mana-mana pengembara dari China bagi pemeriksaan lanjut di PMA. Memasang bunting untuk memaklumkan dan meninggalkan mana-mana pelancong yang tiba dari China untuk tampil ke pusat PMA dan mengadakan ujian saringan demam dengan menggunakan thermal scanner di beberapa PMA.

Peranan penggiat industri pelancongan

Melalui kenyataan yang dikeluarkan juga, pihak Kementerian Kesihatan turut memberi saranan buat penggiat industri pelancongan agar memaklumkan kepada para pelancong mengenai situasi sebenar wabak penyakit koronavirus ini serta memberi nasihat perjalanan yang dikeluarkan KKM dari semasa ke semasa.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×