berita

Koronavirus: MOTEC Tak Setuju Masjid Putra Ditutup Kepada Pengunjung Bukan Islam

January 29th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini Astro Awani melaporkan Masjid Putra, Putrajaya akan ditutup untuk lawatan pengunjung bukan beragama Islam ekoran kebimbangan terhadap wabak novel koronavirus. Walau bagaimanapun, pelawat masih boleh mengambil gambar, tetapi sehingga hadapan pintu gerbang masjid sahaja.

Terbaru menerusi laporan Harian Metro, Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTEC) tidak bersetuju dengan keputusan yang dilakukan.

Boleh mengambil gambar sahaja

Menurut jurucakap pengurusan Masjid Putra, penutupan itu berkuat kuasa sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak. Tambahnya lagi, buat masa ini masjid hanya dibuka kepada pelawat muslim untuk menunaikan solat sahaja.

Melalui tinjauan Bernama semasa cuti umum Tahun Baru Cina baru-baru ini, terdapat ribuan pelawat membanjiri persekitaran masjid tersebut untuk beriadah dan mengambil gambar. Beberapa orang petugas turut kelihatan memberi penerangan kepada pelawat bukan Islam mengenai larangan tersebut dan mereka dilihat mematuhi arahan yang diberikan.

Tidak boleh menghalang pengunjung

Walau bagaimanapun, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya iaitu Datuk Mohamaddin Ketapi berkata Masjid Putra tidak sewajarnya ditutup kepada para pelancong bukan Islam. Ini kerana, pelancong yang memasuki negara ini terdiri daripada golongan yang sihat dan mereka tidak boleh dihalang untuk mengunjungi destinasi menarik di negara ini.

Tambahnya, pihaknya akan menulis surat kepada pusat pelancongan negara agar tidak menyekat pelancong mengadakan lawatan ke tempat menarik yang ada di Malaysia.

Sumber: Astro Awani & Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×