berita

Kotak Tampilkan Simple Plan Dalam Album Baru?

September 6th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Pelancaran Album Kotak-37

Siapa yang tidak kenal dengan band punk rock dari Kanada, Simple Plan? Lagu-lagu mereka sering menjadi siulan anak-anak muda sekarang ini.

Disebabkan itu juga, band dari Indonesia, Kotak telah mengambil peluang untuk berkolaborasi dengan Simple Plan menerusi sebuah lagu yang dinyanyikan semula berjudul Jet Lag untuk album terbaru mereka.

Untuk pengetahuan anda, selain Jet Lag, album Terbaik itu juga merangkumi lagu Aku Yang Tersakiti, nyanyian bersama Judika sebagai trek bonus.

Pelancaran Album Kotak-18

Bagi menghargai jasa peminat-peminat yang memberi sokongan selama ini, Kotak turut memuatkan lagu-lagu hit mereka dari empat tahun terdahulu dan tiga buah lagu baru berjudul Hijaukan Bumi, I Love You, dan Kecuali Kamu.

Bagi yang meminati Kotak, cepat dapatkan album Terbaik ini di pasaran dengan harga RM27.90. Sementara itu, jom layan dulu MV Jet Lag persembahan dari Simple Plan dan Kotak di bawah ini. Semoga terhibur!

SKIP THIS AD ×