berita

Kotor & Jijik, Kilang Proses Otak Udang Dikompaun RM5,000 & Ditutup Selama 14 Hari

December 29th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: BERNAMA

Di Balik Pulau, Pulau Pinang sepasukan pegawai dari Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) menerusi Op Bersih telah membuat serbuan di sebuah kilang memproses otak udang.

Bagaimanapun, keadaan kilang tersebut dikatakan kotor dan meloyakan serta lantai tempat simpanan bahan tersebut dipenuhi dengan tumpahan otak udang yang sudah berbau busuk.

Keadaan jijik kilang otak udang

Foto: BERNAMA

Ujar Pegawai Kesihatan BKKM JKNPP, Mohd Wazir Khalid menerusi laporan Harian Metro, pihaknya turut menjumpai puntung rokok yang berada berhampiran tempat pembungkusan otak udang.

Ketika pemeriksaan, terdapat bendasing ditemukan dalam otak udang yang sedang diproses. Otak udang yang sudah luput masih disimpan bersama dengan bekalan sudah siap bagi pasarkan. Kami turut menemukan kulat dan ulat dalam bekas simpanan.

Mengulas lebih lanjut, terdapat otak udang yang sudah dibotolkan dipercayai berada dalam keadaan yang tidak baik untuk dipasarkan walaupun belum melepasi tarikh tamat tempoh. Pemilik premis ketika kejadian sempat memberikan penjelasan otak udang yang sudah rosak tidak sempat untuk dibuang oleh pihaknya.

Diarah tutup dua minggu

Foto: BERNAMA

Kini, premis berkenaan dikenakan dua kompaun sebanyak RM5,000 dan diarah tutup selama 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 kerana gagal mematuhi Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM).

Kami turut meragui logo halal digunakan pada label dan akan syorkan dengan agensi berkaitan bagi mengambil tindakan.

Premis itu pernah diserbu dan diarahkan tutup serta sudah diberi peringatan mengenai kebersihan, namun didapati hari ini keadaannya tetap sama.

Sumber: Harian Metro & BERNAMA

SKIP THIS AD ×