berita

Koyak Al-Quran & Muqaddam Sebelum Campak Ke Parit, Lelaki ‘Gila’ Ditahan Polis

December 16th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Di Parit Buntar, Perak, seorang lelaki bertindak di ‘luar kawalan’ apabila membuang beduk dan beberapa peralatan yang digunakan oleh sebuah surau. Tidak berakhir di situ, lelaki itu juga bertindak mengoyakkan Al-Quran dan Muqaddam sebelum dicampak ke dalam parit. Kejadian tersebut berlaku semalam. 

Telah ditahan

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan yang ditulis Harian Metrosuspek yang merupakan seorang kontraktror telah ditahan oleh pihak polis setelah bertindak khianat di Surau Al-Rahman, Parit Haji Samsuri.  Menurut Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat, penduduk kampung ‘terkejut’ apabila mendapati peralatan surau yang sering digunakan dijumpai di dalam sebuah parit berhampiran surau itu.

Tidak berakhir di situ, kulit beduk milik surau itu juga telah ditoreh terlebih dahulu, dan dikoyakkan oleh suspek. Bahkan, beberapa ekor ikan mati ditemui penduduk kampung akibat racun yang dituang di dalam kawasan parit itu.

Selain daripada peralatan surau, penduduk turut menemui plan rumah dan barangan peralatan pertukangan berkaitan kontraktor perumahan dipercayai milik seorang penduduk di sini. Susulan itu satu laporan polis telah dibuat penduduk dan bertindak atas laporan suspek berusia 43 tahun berjaya ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, untuk tindakan lanjut.

Masalah mental

Sekadar gambar hiasan

Jelas Mazuki, hasil maklumat dan siasatan yang diperolehi, lelaki itu dipercayai mempunyai masalah mental dan sering berhalusinasi.

Suspek dikatakan melakukan perkara itu kerana berhalusinasi dan bagi mengelakkan bencana alam berlaku sekiranya barangan tersebut tidak dibuang ke dalam parit.Malah terdapat saksi yang tinggal berdekatan surau melihat kejadian itu dilakukan suspek sekitar jam 7.00 pagi.

Kini, pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung kes yang terjadi. Menurut isterinya, suspek mengalami masalah mental dan masih mendapat rawatan susulan. Suspek kini ditahan reman selama tiga hari sehingga Jumaat ini. Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro 

SKIP THIS AD ×