berita

KPM Buat Laporan Polis, Nafi Isu ‘Skala Gred ‘SPM2020’

June 12th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Kementerian Pendidikan Malaysia mengeluarkan satu kenyataan media berhubung penafian mengenai ‘skala gred SPM’ di hantaran seorang pengguna Facebook.

Bukan milik Lembaga Peperiksaan

Sekadar gambar hiasan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada hantaran di media sosial, Facebook milik MamaMia pada 11 Jun 2021 mengenai ‘Skala Gred SPM’ dengan kapsyen ‘Patut aku pelik budak-budak sekarang berderet A’. dan ‘#bilasekolahdipolitikkan’ yang kini sedang tular.

Menurut KPM, hantaran yang dimuat naik di media sosial itu bukan milik Lembaga Peperiksaan. Tambah KPM, ‘Skala Gred Spm’ itu seolah-olah menggambarkan gred pemarkahan sebenar SPM2020 dan boleh mengelirukan orang ramai terutamanya ibu bapa dan calon SPM sendiri.

Sehubungan itu, KPM menyifatkan hantaran tersebut telah mencemarkan imej, kewibawaan dan kredibiliti Lembaga Peperiksaan Malaysia sebagai badan pentaksiran negara dan menggugat ketenteraman awam. Oleh itu, Lembaga Peperiksaan Malaysia telah membuat laporan polis serta laporan kepada Surahanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi siasatan lanjut.

Kenyataan media

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×