berita

KPM Sahkan Isu Guru Bersihkan ‘Mekap’ Anak Murid Selesai Dengan Cara Baik

September 4th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Isu Guru Bersihkan Solekan Murid Selesai Dengan Cara Baik

Sebelum ini tular satu video memaparkan kekecewaan seorang bapa apabila kegembiraan anak perempuannya yang memperagakan pakaian tradisional sewaktu sambutan Hari Kebangsaan sekolah terbantut selepas anaknya itu didakwa dimarahi oleh guru sekolahnya.

Artikel Berkaitan: Bapa Terkilan Dakwa Anak 8 Tahun Dimarahi Guru, Punca Sebab Bersolek Sempena Sambutan Hari Merdeka

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Adik Ammara Dapat Bergambar Dengan Agong, Netizen Tumpang Gembira – ‘Allah Gantikan Kesedihan’

Selesai dengan cara baik

Isu Guru Bersihkan Solekan Murid Selesai Dengan Cara Baik

 

Terbaharu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) menjelaskan bahawa mereka telah menjalankan siasatan terhadap isu tersebut.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, KPM memaklumkan bahawa siasatan yang dibuat mendapati isu tersebut telah pun diselesaikan dengan cara baik antara pihak sekolah dengan ibu bapa murid yang terlibat.

Difahamkan, berlaku sedikit salah faham mengenai peringatan dan peraturan yang telah diberikan pihak sekolah kepada semua murid yang terlibat dalam pertandingan sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang dianjurkan sekolah tersebut.

KPM sentiasa memandang berat mengenai isu sahsiah dan adab dalam kalangan murid-murid dan guru.

Selari dengan konsep Karamah Insaniah, KPM juga komited dalam penerapan nilai etika dan moral kepada semua warga institusi pendidikan.

Menerusi kenyataan itu lagi, KPM menjelaskan bahwa pihak sekolah mempunyai kuasa dalam menentukan peraturan bagi setiap aktiviti yang dilaksanakan selagi mana tidak melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

KPM juga telah mengeluarkan surat peringatan berkaitan Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia Peringkat Sekolah yang boleh disambut sehingga 16 September ini.

Pihak sekolah boleh merancang dan melaksanakan aktiviti utama dan aktiviti sampingan seperti mengibarkan Jalur Gemilang, pertandingan menulis esei, mendeklamasi puisi, melukis poster dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian.

Terdahulu, seorang bapa yang dikenali sebagai Shazliey meluahkan rasa terkilannya selepas anaknya yang dikenali sebagai Ammara dimarahi oleh seorang guru kerana mengenakan solekan pada muka.

Bukan itu sahaja, solekan anaknya itu juga dibersihkan oleh guru berkenaan dengan menggunakan kain.

Bagaimanapun, kesedihan adik Ammara itu mula terubat apabila dia berpeluang untuk bergambar bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah ketika sambutan Hari Kebangsaan yang diadakan di Putrajaya pada 31 Ogos yang lalu.

Video

@shazliey1 Allahuakbar…mengigil papa hari ni Ammara…!!!! Ampun Tuanku… KDYMM Seri Paduka Yang di Pertuan Agong perkenan mencemar duli turun dari kenderaan rasmi apabila nampak Ammara melambai-lambai sewaktu baginda ingin berangkat pulang dari menyaksikan perbarisan sempena hari kemerdekaan di Putrajaya.. #AmmaraJumpaAgong #AgongJumpaAmmara #ammarakesya #ammaraviral #kanakkanakviral #AmpunTuanku #HariKemerdekaan #merdeka #ammara #bajuammaraviral #kisahammara #ammaratiktok ? Bahagiaku Sederhana – Jamik Jams & Feat Rangga & Ayena Prowind

Sumber: Buletin TV3, TikTok 

SKIP THIS AD ×