berita

KPT Peruntukkan RM14.5b Untuk Inisiatif Pendidikan Berkualiti Buat Semua!

November 2nd, 2021 | by Nurul
Kini Trending

Facebook Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

Baru-baru ni kerajaan telah membentangkan Bajet Belanjawan 2022 yang pastinya membawa berita gembira kepada sesetengah rakyat Malaysia.

Tak ketinggalan, dalam Bajet 2022 yang bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera’, kerajaan juga telah memperuntukkan sebanyak RM14.5 bilion buat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Ia juga meliputi Perbelanjaan Mengurus berjumlah RM11.5 bilion dan Perbelanjaan Pembangunan berjumlah RM3 bilion.

Nak tahu antara inisiatif bajet yang dibentangkan untuk graduan KPT? Jom kami kongsikan!

iStock

Ini antara 15 inisiatif bajet bagi membantu KPT dan agensi di bawah KPT bagi melaksanakan program-program pembangunan pendidikan tinggi dan memperkasa Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). 

1. PerantiSiswa Keluarga Malaysia 

Program ini akan membekalkan sebuah tablet kepada setiap 600 ribu mahasiswa daripada keluarga B40 melalui peruntukan sebanyak RM450 juta.

2. Memperkasa bidang TVET

Sebanyak RM6.6 billion serta tambahan RM200 juta akan dimanfaatkan untuk pelbagai program usaha sama pelbagai kementerian dan agensi dengan industri.

malaymail.com

3. Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN

Bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022, peminjam PTPTN akan menerima manfaat berikut:

  • Diskaun 15% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman
  • Diskaun 12% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran; dan 
  • Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual

4. Pelanjutan pemotongan cukai dua kali

Potongan cukai dua kali kepada syarikat yang menawarkan biasiswa kepada IPT.

5. Program e-Start

Pemberian kredit RM150 secara one-off ke dalam akaun e-dompet belia berumur 18-20 tahun termasuk pelajar sepenuh masa di IPT. Program ini memperuntukkan RM300 juta kepada lebih 2 juta belia bagi tujuan pembelian buku dan kelengkapan pembelajaran.

6. RM6.6 bilion disediakan untuk manfaat pendidikan

Peruntukan ini juga disediakan untuk pinjaman pendidikan, menaik taraf program sijil ke diploma selain melahirkan profesional dalam kalangan Bumiputera di bidang perubatan, kejuruteraan dan kewangan di bawah MARA, UiTM dan Yayasan Peneraju.

7. Pembayaran elaun kepada pelajar program latihan industri

Kerajaan juga menggalakkan pihak swasta untuk melaksanakan inisiatif pembayaran elaun sebanyak RM900 kepada pelajar yang menjalani program latihan industri.

8. Pelanjutan galakan cukai

Pelanjutan galakan cukai akan dikenakan bagi Program Latihan Industri Berstruktur sehingga tahun taksiran 2025 dan turut diperluas kepada pelajar di peringkat Ijazah Sarjana, Sijil Profesional serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 dan 2.

iStock

9. Insentif majikan yang menggaji perantis

Insentif sebanyak RM900 sebulan bagi tempoh 6 bulan akan diberikan kepada majikan yang menggaji perantis lepasan sekolah dan graduan berumur 18 hingga 30 tahun.

10. Mempergiat aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

Peruntukan sebanyak RM423 juta di bawah MOSTI dan KPT bagi mempergiat aktiviti R&D selari dengan perkembangan sains dan teknologi.

11. Memperluas perkhidmatan Klinik Bergerak 

Kerajaan akan meluaskan perkhidmatan klinik bergerak oleh Hospital Pengajar Universiti (HPU) sebagai usaha menambah akses saringan dan pendidikan kesihatan di kawasan-kawasan tumpuan.

12. Program Pemulihan Dalam komuniti 

Bermula tahun hadapan, Program Pemulihan Dalam Komuniti yang dipelopori Universiti Sains Malaysia (USM) akan diperluaskan perlaksanaannya ke universiti-universiti awam lain.

13. Mempertingkatkan kapasiti fasiliti perkhidmatan kesihatan awam

Sebanyak RM4 billion akan dimanfaatan untuk pelaksanaan program vaksinasi dan agenda menangani COVID-19 yang turut melibatkan hospital pengajar universiti.

14. Menaik taraf talian akses MyREN di IPT

Peruntukan RM67 juta bagi menaik taraf talian akses Malaysia Research and Eductaion Network (MyREN) di IPT kepada 500Mbps hingga 10Gbps.

15. Penyediaan taska di universiti awam

Usaha ini adalah sebagai sokongan dan kemudahan bagi kaum ibu yang berkerjaya.

16. Peruntukan RM2.9 billion bagi projek-projek kecil dan sederhana

Ia juga merangkumi projek selenggara jalan, baik pulih insfrastruktur dan peralatan usang universiti awam, politeknik dan kolej komuniti

Harian Metro

KPT sangat komited dalam membantu kerajaan dalam agenda pemulihan negara. Semoga peruntukan yang diluluskan bukan saja dapat memberi manfaat kepada pemegang taruh KPT, malah akan turut dinikmati oleh komuniti dan masyarakat selaras dengan konsep Keluarga Malaysia dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web KPT dan Facebook mereka.

SKIP THIS AD ×