Penampilan penyanyi Aina Abdul mencuri perhatian ramai orang pada malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 (ABPBH34) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pada Sabtu.
Artikel Berkaitan: Persis Sekuntum Bunga, Fesyen Unik Aina Abdul Di-ABPBH 34 Buat Ramai Terkesima – ‘Tak Panas Berat Kepala Ke?’
Kesinambungan lagu baru
Tidak melatah biarpun kerap kali digelar menjadi mangsa fesyen, Aina, 28, menyatakan busana rekaan pereka Behati itu merupakan kesinambungan kepada jalan cerita single baru yang diterbitkannya berjudul Aina Abdul.
Konsep ini adalah kesinambungan jalan cerita dalam Aina Abdul yang baru sahaja dilancarkan. Inspirasinya adalah daripada mawar merah.
Namun, malam ini, saya ingin tampilkan mawar hitam dan ia adalah simbolik daripada fesyen yang saya dah lama nak ketengahkan.
Tak baca kritikan
Ditanya bagaimana pelantun lagu Semalam berdepan dengan kritikan netizen malam ini, dia memilih untuk menghiraukan setiap komen negatif. Tegasnya, dia mengikut kata hatinya dalam menata gaya.
Saya kurang baca kritikan dan sebab itulah saya rasa saya boleh bertahan. Kalau saya baca, saya takkan boleh tahan.
Saya buat apa yang hati saya rasa betul dan saya nak setiap penampilan saya ada impak. Tapi, kritikan pun sebenarnya adalah publisiti yang bagus.
Pada malam ABPBH34, Aina dan rakan kolaborasinya, Khai Bahar diumumkan sebagai pemenang anugerah kategori Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular.
Sumber: Instagram @behati.my