Kumpulan trio legenda muzik Malaysia, KRU yang dianggotai Norman, Yusry dan Edry Abdul Halim mencipta gelombang fenomena dengan konsert GenKRU yang diadakan di Axiata Arena Bukit Jalil baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: KRU Lancar ‘One More Time’! ‘MV’ Papar Wajah Masa Lalu & Masa Depan Norman, Yusry Serta Edry

Artikel Berkaitan: GenKRU Bakal Gegarkan Singapura Pada 28 Jun Ini, Janjikan Eksklusiviti Buat Peminat

Penampilan sulung setelah sekian lama

Konsert GenKRU bukan sekadar hiburan tetapi menjadi sejarah perjalanan trio tiga beradik ini setelah lebih 30 tahun merevolusikan muzik tempatan.

Lebih dua dekat berkecimpung dalam industri muzik, KRU mengegarkan Axiata Arena dengan nostalgia yang mengimbau kenangan 90-an bersama para peminat yang sentiasa menjadi tulang belakang kejayaan.

Peminat yang hadir turut terhibur pada malam konsert dengan 24 buah lagu yang dimainkan.

  1. Fanatik
  2. Malam Kita
  3. OH! LA LA
  4. Babe
  5. The Way We Jam
  6. Untukmu
  7. Terhangat Di Pasaran
  8. Balada Hati
  9. Di Dalam Dilema
  10. Perpisahan Terasing
  11. VOODOO
  12. Medly Bidadari & Hingga Ke Jannah
  13. Dekat Pada Mu
  14. Medley Wanita / Apa Saja
  15. Negatif
  16. Di Pintu Syurga
  17. Medley Separuh Masa / Sedetik Lebih /Romancinta & Hye Hye Bye Bye
  18. Dua
  19. Hanya Kau / Inikah Ertinya Cinta
  20. Semuanya Okay / Mengerti
  21. One More Time
  22. Janji Tinggal Janji
  23. Jangan Lafazkan
  24. Awas

Pentas konsert bersejarah ini turut dimeriahkan dengan kehadiran kumpulan Elite yang berduet dengan KRU lagu berjudul ‘Di Pintu Syurga’.

Selain Elite, anak kelahiran program nyanyian Akademi Fantasia Musim ke-2 iaitu Adam turut mewarnai konsert GenKRU dengan menyanyikan lagu popularnya, ‘Terhangat Di Pasaran’.

Pada malam konsert hari pertama itu, lebih 11,000 peminat hadir bagi menyaksikan persembahan bertenaga daripada kumpulan Pop Hip-Hop nombor satu Malaysia.

Konsert GenKRU ini dianjurkan oleh Icon Entertainment setelah trio tiga beradik ini bersetuju pada September lalu untuk mengadakan konsert berskala besar.