berita

Krup Krap! Hadir Dengan Pelbagai Perisa Kentang Asli, Jom Nikmati Snek Terbaru Dari Lay’s!

July 16th, 2021 | by Syakilla Marzuki
Kini Trending

Waktu PKP atau cuti hari minggu, mesti rasa nak mengunyah je 24 jam kan? Yelah.. apa lagi nak buat. Perut pun asyik minta makanan je. Kadang-kadang sampai bosan dah tak tahu nak makan apa.

Ha.. kami nak share dengan korang ni, ada satu snek terbaru yang korang boleh nikmati tau! Bila rasa boring rasa nak mengunyah tu, memang admin suggest yang ni la. Tak lain tak bukan mestilah  daripada Lay’s!

Nak makan ni memang tak kira masa tau, sambil buat kerja  sambil layan Netflix, semuanya boleh!

Hadir dengan pek kanister yang menarik

Kalau korang nak tahu, Lay’s baru sahaja melancarkan kerepek kentangnya yang baru. Ia hadir bukan dengan menggunakan pek bungkusan plastik macam yang selalu korang tengok dekat kedai tu tau, tapi ianya berbentuk tabung atau kanister.

Jadi, memang akan tersusun cantik dekat dalam kanister tu. Lagipun, kalau korang rasa nak simpan, boleh je tutup penutupnya macam biasa. Ha…takdelah lemau kan?

Ada pelbagai perisa yang menarik korang boleh try!

Lay’s mempunyai pelbagai perisa yang lazat. Antaranya adalah perisa Original, Barbecue, Extra Cheese dan juga Sour Cream & Onion.

Dengan harga RM5.30, memang berbaloi sangat untuk korang makan! Ini kerana produknya terkenal di seluruh dunia dan mempunyai perisa yang menarik dan jarang korang nak dapat. Kualiti produk dan kerepek kentang ni juga memang sangat premium kerana ia dihasilkan dari kentang segar.

Ha…senang cerita Lay’s ni jenama Potato Chip No.1 di dunia lah, sebab kerepek kentang ni paling disukai semua orang di peringkat antarabangsa. Jadi, memang rugi lah kalau korang tak cuba benda best ni! 

Sedap & sesuai dimakan untuk semua!

Cakap pasal snek ni, bukan kanak-kanak je tapi orang dewasa pun kalau mengunyah mesti takkan berhenti! Sebab tu Lay’s menghasilkan snek yang sedap dan sememangnya sangat sesuai untuk dimakan bagi semua golongan.

Dengan saiz, bentuk dan rasa kentang nya yang asli tu pasti buat korang menjilat jari. Bukan tu saja, Lay’s juga menghasilkan kerepeknya yang sangat ringan, rangup tau! Orang kata takde kerepek kentang lain lah yang boleh lawan dengan yang ni!

Tunggu apa lagi? Jom dapatkan sekarang!

Tunggu apa lagi tu guys? Jangan lepaskan peluang korang untuk dapatkan snek yang lazat ini di Shopee dan Lazada atau di pasar raya dan kedai serbaneka berdekatan korang harini jugak tau!

SKIP THIS AD ×