internet-surfing1

Terkejut? Kami juga mempunyai reaksi yang sama apabila membaca laporan The Star berkenaan statistik tontonan Pornhub di Malaysia.

Mana taknya, statistik menunjukkan bahawa pengguna internet di pantai Timur yang lebih banyak meluangkan masa menonton website lucah itu berbanding negeri-negeri lain.

Screen Shot 2014-12-16 at 3.23.43 PM

Pengguna Internet Kuala Terengganu Layari Pornhub 12 Min 58 Saat

Infografik bertajuk “Who Lasts Longest” menyenaraikan kadar purata masa yang diluangkan oleh individu untuk menonton website lucah di seluruh dunia pada tahun 2014.

Statistik keempat-empat negeri tertinggi menonton Pornhub iaitu Kuala Terengganu (12:58 minit), Kuala Lumpur (12:29 minit), Kota Bharu (12:27 minit) dan Miri  (12:27 minit) adalah melebihi purata tontonan seluruh Malaysia (12.05 minit).

Malaysia Negara Kedua Tertinggi Menonton Pornhub Paling Lama

Negara paling lama menonton Pornhub adalah Filipina (14:22 minit) dan diikuti oleh Malaysia. Negara lain yang turut tersenarai ialah Myanmar (10:54minit), Indonesia (10:11minit), Singapura (9:50minit), Brunei (9:45minit), Laos (8:28minit), Vietnam (8:24minit), Thailand (8:15minit) dan Kemboja (8:07minit).