berita

‘Kuatnya Kamu Wahai Anak’ – Kisah Murid Darjah 1 Pimpin Mak Ayah Hadir Orientasi Buta Undang Sebak

December 31st, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Sesi persekolahan bagi tahun 2020 akan mula dibuka pada 2 Januari 2019 ini, bermakna tinggal dua hari lagi. Beberapa buah sekolah sekitar Malaysia mula adakan sesi orentasi bagi pelajar darjah satu. Pelbagai ragam dan karenah dapat dilihat memandangkan ini merupakan perkara baru bagi mereka.

Namun lain pula jadinya dengan kisah yang dikongsi seorang guru dikenali sebagai Nadwa Nassir di Facebook miliknya. Seorang murid darjah 1 memimpin tangan kedua orang tuanya bagi sesi orientasi di sekolahnya memandangkan mereka cacat penglihatan. Sebaknya.

Dia sendiri tulis no telefon mak ayah

(sekadar gambar hiasan)

Sentap hari terakhir tahun 2019. Hari ni terima murid Tahun 1. Maka bertemu la aku 30 orang anak tahun 1 2020. Jatuh air mata aku melihat seorang anak kecil. Memimpin mak ayahnya yang tidak dapat melihat ke orientasi tahun 1.

Hari pertama dia sendiri ke sekolah. Dia sendiri menulis nombor hp mak ayah. Walau baru bertatih menulis. Walau nombornya terbalik. Kuatnya kamu wahai anak. Berdikarinya kamu pada usia terlalu muda ini.

Tunjuk kawasan sekolah kepada ibu ayah

(sekadar gambar hiasan)

Selesai orientasi. Dia pimpin mak ayah dia. Tunjuk kelas dia kat mana. Padang kat mana. Kantin kat mana.. Mcm la mak ayah dia boleh melihat. “Mak, sini la kantin.. Mak, ni padang sekolah…”Mak dia tanya dia.. “mana pondok mak nak tunggu kamu nanti…?” Dia jawab… “sini la mak… Kat sini…” (padahal depan dia je pondok tu.. Tapi si anak explain macam nampak-nampak je)

Teacher doakan kamu berjaya dunia akhirat. Kamu yang paling kuat..Buat teacher rasa teacher perlu kuat lebih dari kamu bagi menempuhi 2020.

Berair air mata

Sumber : Nadwa Nasir