berita

[KUIZ] Jawab Kuiz Ini Untuk Tahu Rumah Apa Yang Sesuai Dengan Korang!

September 30th, 2020 | by Epul
Kini Trending

Semasa wabak pandemik dan musim PKP, pelbagai aspek hidup memerlukan penyesuaian bagi memenuhi keperluan norma baharu. Korang dah tak perlu datang ke pejabat jika sesuatu urusan boleh diselesaikan melalui email atau panggilan video.

Namun, timbul pula masalah lain bila bekerja di mana saja ni, terutama sekali bila bekerja dari rumah sampaikan ada yang rasa nak pindah sebab nak ruang yang lebih luas untuk membuat apa-apa perubahan dan timbul pula keinginan tinggal di kawasan perumahan yang lebih indah.

Apa kata korang cuba jawab kuiz ni, untuk tau rumah macam mana yang sesuai untuk personaliti korang. Nantilah bolehlah survey rumah baru terus! :)


Bekerja daripada rumah lebih mudah atau mencabar?

Walaupun berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), sesetengah syarikat masih lagi menggalakkan pekerja untuk bekerja daripada rumah. Namun, keadaan rumah dan situasi berbeza yang perlu dihadapi oleh setiap individu, menjadikan bekerja daripada rumah tidak praktikal untuk semua.

Korang mungkin mula sedar yang korang perlukan ruang peribadi tanpa gangguan ahli keluarga bila tengah fokus kerja. Pada masa yang sama, korang mahukan keadaan yang tenang apabila bekerja dan ruang lebih selesa buat seisi keluarga. Tapi, ada ke kawasan rumah luas, cantik, mempunyai jaringan komuniti yang erat dan paling penting jauh daripada kesesakan kota?

Gamuda Land ada banyak pilihan rumah untuk korang!

Apa rumah idaman korang? Besar dan selesa? Atau dikelilingi alam sekitar? Hartanah Gamuda Land ada jawapan untuk korang. Kali ni, kami nak perkenalkan 4 hartanah terbaru Gamuda Land, mana tau kalau kena dengan citarasa korang.

1) Gamuda Gardens

Bagi korang yang sukakan alam sekitar, Gamuda Gardens di Sungai Buloh adalah pilihan terbaik, Illaria Hillside Homes merupakan salah satu kediaman di Gamuda Gardens yang diinspirasikan daripada alam sekitar.

Korang dapat menikmati udara segar kerana ia terletak di lereng bukit dan mempunyai pemandangan yang cantik. Ini pastinya memberikan korang pengalaman baru bekerja dari rumah dengan persekitaran yang mendamaikan.

Dengan pelbagai fasiliti menarik seperti Gardens Wellness clubhouse dan kedai-kedai di Waterfront Village, tambahan sekolah di Gamuda Gardens, pastinya menjadikan Illaria Hillside Homes kediaman paling sesuai jika korang mahu lari dari kesibukan kota.

2) Gamuda Cove

Terletak di Dengkil, Gamuda Cove adalah kawasan perumahan yang berkonsepkan bandar pintar lestari dengan keluasan 1530 hektar. Bandar ini terletak berhampiran dengan tasik dan hutan simpan di Lembah Klang Selatan. Salah satu kediaman di Gamuda Cove ialah Palma Sands yang berinspirasikan tropika.

Kawasan perumahan yang tenang pastinya membantu korang bekerja dari rumah dengan lebih mudah dan korang tak perlu bimbang untuk bergerak ke mana saja kerana ia mempunyai akses langsung dengan Elite Highway dan lebuh raya utama yang lain. Gamuda Cove juga terletak berdekatan dengan lapangan terbang, mudah bagi korang untuk travel!

3) twentyfive.7

Kalau korang suka deruan air yang mengasyikkan di bandar yang lestari, projek Luxura di twentyfive.7 di Kota Kemuning sesuai dengan korang kerana ia terletak berhampiran dengan pantai. Sebagai satu tempat untuk meluangkan masa lapang, makan dan beristirahat berdekatan rumah, The Buzz.ar adalah tempat yang paling sesuai untuk beriadah. Manakala Quayside Mall yang bakal siap dibina, pastinya memudahkan korang untuk mendapatkan barangan keperluan atau nak berhibur bersama keluarga dan rakan-rakan.

Konsep rumah moden dan bersesuaian dengan budaya Asia Tenggara, menjadikan twentyfive.7  pilihan terbaik untuk korang beramah mesra dengan komuniti setempat. Selain reka bentuk yang cantik, ia turut mempunyai pelbagai kemudahan asas seperti taman permainan kanak-kanak dan kawasan mesra haiwan peliharaan.

4. Jade Hills

Bagi korang yang cintakan alam dan nak lari daripada kebisingan kota, kawasan perumahan Jade Hills sesuai untuk korang. Terletak di Kajang, kawasan perumahan seluas 338 hektar mengkhususkan 20 peratus kawasannya untuk tanaman hijau agar komuniti dapat menikmati keindahan alam sekitar

Perumahan di Rymba Gardens, Jade Hills ni betul-betul menghadap ke taman seluas 10 ekar, yang ada tasik. Korang pandang luar rumah je memang dah boleh nampak pemandangan hijau. Macam ni, nak work from home untuk jangka masa yang lama pon bolehlah!

Jadi tunggu apa lagi? Jomlah survey dan pilih rumah idaman korang dengan melayari laman web Gamuda Land. Jangan risau, akan ada pegawai jualan yang sentiasa bersedia untuk membantu korang sehinggalah proses tempahan selesai.

 So, jangan lepaskan peluang korang! Untuk maklumat lanjut, log masuk ke Gamuda Land atau hubungi 018 980 1888.

Jom tempah rumah di Gamuda Land hari ni juga!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×