berita

[Kuiz] Korang Pernah Food Hunting Dekat Melaka? Jom Tengok Banyak Mana Yang Korang Tahu!

June 28th, 2023 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Melaka adalah sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai adat dan budaya kerana mereka mempunyai pelbagai kaum dan etnik tempatan antaranya ialah Melayu, Cina, India, Baba Nyonya, Chitty dan Portugis.

Disebabkan tu jugalah makanan-makanan di negeri Melaka ni dipenuhi dengan pelbagai citarasa dan jenis. Sedap-sedap pulak tu makanan dekat Melaka ni!

Ha… Korang yang pernah datang Melaka dan orang Melaka sendiri betul ke kenal makanan yang terkenal dekat Melaka? Ha jom kita cuba kuiz ni nak tengok betul ke tak korang memang peminat makanan Melaka!

Ha berapa korang punya markah menjawab kuiz tadi? Mengimbau betul makanan-makanan dekat Melaka kan? Rasa nak pergi singgah Melaka sekarang jugak!

Tapi tulah, paling susah nak pilih kedai mana yang hidangkan makanan paling sedap dan best kan? Lepas ni korang dah tak payah risau lagi pasal ni.

Guna GrabFood, boleh tahu restoran di Melaka yang sedap & terbaik!

Korang dah boleh buat pilihan dengan melihat restoran melalui GrabFood! Dalam GrabFood, mereka dah senarai pendekkan gerai-gerai melalui penilaian yang dibuat oleh pelanggan-pelanggan.

Ini antara kedai makan yang korang wajib try di Melaka dengan menggunakan GrabFood. Tak tipu memang sedap oi semua ni.

  • Ayam Penyet Bu Sunarti

Kedai ni menyediakan masakan Indonesia di Melaka. Tengok nama, mesti la menu istimewa mereka Ayam Penyet. Sambal sedap dan pedas serta portion lauk yang banyak buat penggemar makanan pedas menyukainya.

  • Klebang Original Coconut Shake

Peminat coconut shake mesti tahu kedai viral ni kan? Memang coconut shake asli di Melaka. Air kelapa yang dicampurkan dengan hirisan kelapa segar bersama aiskrim vanilla, nikmatnya lain macam!

  • Mee Bandung Atok AJi

Nak cari mee bandung paling sedap di Melaka? Ini la kedainya. Kesedapan mee bandungnya terletak pada kuahnya yang lazat. Kepekatan dan rasa yang seimbang membuatkan ianya enak tak terperi. Sate pun sedap!

  • Restoran Ole Ole Bandung

Kedai ni menyediakan hidangan masakan nusantara dan barat yang cukup menyelerakan semua orang. Menu ayam penyet di kedai ni tak kalah dengan yang lain. Kat sini pun ada nasi ambeng tau!

  • Zaza Food Avenue

Aneka makan tengah hari yang pasti memikat selera. Kedai ni popular dengan pelbagai jenis nasi berlauk ayam yang sedap. Pilihan makanan western pun ada seperti Chicken Chop, Macaroni, Spaghetti dan sebagainya.

  • Coconut Shake Batu Berendam

Mana lagi nak cari coconut shake yang sedap kalau bukan kat Melaka. Ramai kata kedai ni coconut shake dia sedap jugak. Syoknya kalau dapat minum waktu tekak betul-betul dahaga. Terasa fresh gitu!

  • Satay Omar

Kedai buat peminat sate yang berada di Melaka. Ia terletak di Medan Selera Durian Tunggal. Korang akan nikmati rasa sate dengan daging begitu lembut. Bertambah sempurna bila dinikmati bersama kuah kacang.

  • Ayam Penyet Lamongan

Buat penggemar ayam penyet, korang wajib try masakan Indonesia di kedai yang terletak di MITC Melaka ni. Selain ayam penyet yang jadi tarikan, hidangan pecel lelenya juga sangat sedap!

Jadi lepas ni korang dah tak payah risau berjalan jauh-jauh tapi tersalah singgah kedai yang tak menepati citarasa korang. Sekarang sangat mudah, boleh pesan guna GrabFood je. Tak payah beratur panjang di kedai. Jimat masa dan tenaga!

Dah tiba di Melaka ke tu? Jom pesan makanan guna GrabFood. Untuk info lebih lanjut, boleh klik SINI ya. Selamat menjamu selera di Melaka guys!

SKIP THIS AD ×