berita

[KUIZ LEFTENAN ZANA] Nak Tahu Korang Layak Ke Tak Jadi Askar? Jom Jawab Kuiz Ni Dulu!

March 12th, 2019 | by Nurul
Kini Trending

Cakap je pasal askar, mesti dalam kepala kita akan terfikir kalau nak masuk tentera jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.

Memang betul pun. Itulah realitinya! Bukan semua orang mampu tahan sebab tahap kemampuan setiap orang ni berbeza. Ada yang separuh jalan, dah berhenti sebab tak mampu nak teruskan lagi.

Haa..ada ke antara korang yang bercita-cita nak jadi tentera? Kalau nak tahu tahap kemampuan korang sama ada layak atau tak, jom jawab kuiz ni dulu!

Boleh ke korang jadi tentera ni??

Haa.. amacam? Kalau siapa yang layak tu, memang tabik springlah kat korang. Korang mungkin dah pass satu step untuk menjadi seorang tentera.

Bagi korang yang tak layak pulak, jangan sedih. Ini bermakna, dunia ketenteraan dan korang memang tak sebati. Mungkin korang sesuai dengan pekerjaan lain. Eh, cakap pasal layak tak layak, meh admin nak cerita pasal Janna Nick yang dengar cerita dah jadi tentera!

Seriuslah Janna Nick dah jadi tentera?

Haa..bukanlah Janna Nick ni jadi tentera betul-betul, tapi dia hanya lakonkan watak Leftenan Zana dalam drama terbaru terbitan JS Pictures.

Kalau korang nak tengok cara latihan tentera sebenar, memang korang kena tengok drama ni, sebab semua pelakon tak terkecuali menjalani latihan tentera sebenar demi mendalami watak masing-masing.

Bukan senang beb. Patutlah lakonan masing-masing mantap!

Nah kami belanja sikit sinopsis Leftenan Zana..

Leftenan Zana mengisahkan suka duka Zanariah, anak seorang askar dalam mengejar cita-citanya dan minatnya dari kecil iaitu untuk menjadi seorang tentera. Tapi, ayahnya Mejar (B) Rahmat tak setuju.

Zana ni memang keras kepala sikit, jadi dalam diam, dia telah membuat permohonan secara online untuk menjadi anggota tentera ATM. Ujian Zana bermula apabila setiap apa yang dikatakan oleh ayahnya tentang kepayahan di kem, semuanya benar.

Tapi, Zana tak patah semangat dan bertekad untuk buktikan bahawa dia
akan berjaya menjadi anggota tentera walaupun terpaksa berdepan mejar Qamar yang menggerunkan serta saingan daripada seorang lagi kadet perempuan bernama Raz yang suka cari pasal!

Oopss..sampai situ je yang kitorg boleh share.. Kalau nak tahu kisah selanjutnya, korang jangan lupa tonton drama Leftenan Zana, lakonan Janna Nick, Sheila Rusly, Tunku Hanis, Redza Rosli, Hairie Othman, Aprena Manrose, Nazrief Nazri dan ramai lagi pelakon hebat.

Lepas ni, korang kena stand by depan tv setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 hingga 10 malam di TV3!

SKIP THIS AD ×