
Bila ada bayi, kita mula jadi detective tengok label susu, pilih sabun khas dan semak bahan dalam pampers. Tapi satu benda yang selalu kita guna banyak kali sehari, tapi kurang diberi perhatian iaitu baby wipes.
Tahukah korang bahawa kulit bayi terutama sekali newborn, 3 kali lebih nipis dari kulit orang dewasa. Maksudnya, apa saja yang kita sapu, lap atau sentuh pada kulit dia, kadar serapannya lebih cepat dan memberi kesan, sama ada baik atau buruk.
Kalau korang baru jadi ibu ayah atau sedang expecting, ini info penting yang wajib tahu. Jom tengok kenapa produk berasaskan tumbuhan (plant-based) adalah pilihan terbaik untuk si manja.
1. Lebih semula jadi, kurang risiko alahan
Produk plant-based selalunya mengandungi sedikit bahan kimia sintetik dan lebih banyak bahan semulajadi yang lembut pada kulit.
Kurang risiko untuk gatal, ruam atau radang, sesuai untuk bayi yang ada kulit sensitif, eczema atau baru lahir. Contohnya, kain dari tumbuhan lebih breathable, lembut dan tidak bergesel kasar dengan kulit.
2. Tiada plastik tersembunyi!
Ramai tak tahu, banyak wipes di pasaran sebenarnya mengandungi plastik mikro. Bila digunakan secara kerap, ini boleh menjejaskan kesihatan kulit bayi dan juga mencemarkan alam sekitar.

3. Lebih selamat untuk digunakan di muka, mulut & tangan
Bahan berasaskan tumbuhan biasanya tidak mengandungi bahan kimia merengsa, jadi lebih sesuai untuk kawasan sensitif seperti muka dan tangan bayi.
Untuk penggunaan di kawasan mulut, walaupun plant-based wipes umumnya lebih selamat, sebaiknya pilih wipes yang telah melalui ujian oral toxicity supaya ibu bapa lebih yakin, terutamanya bila bayi tengah dalam fasa ‘semua nak masuk mulut’.
4. Mesra alam & mudah lupus
Sebagai ibu bapa moden, kita bukan hanya fikir tentang anak tetapi juga masa depan mereka. Produk plant-based biasanya biodegradable dan tidak mencemarkan alam sekitar bila dibuang. Best kan, bersihkan bayi sambil bantu bumi?
Jadi, wujud ke wipes yang betul-betul 100% plant-based?

Nak cari wipes yang betul-betul guna bahan tumbuhan, bebas plastik dan selamat untuk bayi? Kalau korang tengah cari wipes yang benar-benar selamat, Offspring 100% Plant-Based Baby Wipes adalah antara jenama yang paling jujur dan telus dalam hal ni.
Wipes ni diperbuat sepenuhnya daripada kain selulosa tumbuhan, bermakna tiada plastik langsung. Jadi korang boleh guna tanpa rasa bersalah, sebab ia biodegradable dan tak menyumbang kepada pencemaran mikroplastik.
Dari segi kandungan pula, ia diperkaya dengan 99% air tulen yang telah dimurnikan, serta ekstrak botani semulajadi. Hasilnya, wipes ni sangat lembap tapi langsung tak melekit atau berminyak.

Apa yang paling meyakinkan, Offspring tak main-main bila bab keselamatan. Wipes ini telah diuji dan mendapat pengiktirafan daripada badan-badan antarabangsa termasuklah PETA Cruelty-Free & Vegan, EWG Verified, Australian Allergy Certified dan Dermatest dengan rating ‘Excellent’.
Semua ni membuktikan produk ni bukan je selamat untuk digunakan, malah mesra haiwan dan bebas dari bahan toksik. Lebih menarik lagi, wipes ni datang dalam saiz yang besar dan tebal, satu helai pun dah cukup untuk bersihkan situasi yang ‘berat’.
Tak perlu lap berkali-kali atau guna banyak helai. Praktikal dan menjimatkan, terutama untuk parents yang sibuk atau on-the-go.
Dengan Offspring, korang bukan sekadar guna wipes. Korang buat pilihan yang lebih sihat untuk anak dan lebih bijak untuk alam sekitar. Macam yang mereka selalu cakap, ‘100% Plant-Based. 100% Peace of Mind.‘
Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman sesawang ini.








