
Secara umumnya ini merupakan kali pertama Guns N’ Roses membuat persembahan di Malaysia. Dalam pada itu, kumpulan ini turut difahamkan akan mengadakan konsert jelajah Australia pada bulan Mac akan datang.
Untuk makluman, kumpulan Guns N’ Roses pada asalnya dianggotai oleh Axl Rose (vokalis kumpulan), Slash dan Izzy Stradlin (gitar), Duff McKagan (bass) dan Steven Adler (drum). Namun begitu, hari ini cuma tinggal Axl Rose sahaja yang masih kekal di dalam kumpulan tersebut, manakala anggota kumpulan yang lain telah digantikan dengan ahli baru.
Berikut merupakan sedikit makluman mengenai ‘Malaysian F1 Grand Prix’ yang bakal berlangsung pada bulan Mac ini :
Tarikh: 24 Mac 2013 (Ahad)
Masa: 6.00PM – 11.00PM
Lokasi: Helipad, Sepang International Circuit
Jom layan video Guns N’ Roses selepas ini menerusi lagu mereka berjudul ‘November Rain’ :