
Kumpulan muzik Lot 17 yang dianggotai kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), tampil dengan buah tangan terbaharu berjudul Mencari Sinar.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kugiran Masdo Respon Penampilan Dilabel ‘Seperti Tak Mandi’ – ‘Terima Kasih Kepada Yang Menegur’
Ke dunia mainstream

Single tersebut menampilkan lirik nukilan RossBai, manakala melodi digubah oleh Jatt Aziz dengan susunan muzik serta terbitan oleh Zul 2by2.
Lot 17 terdiri daripada tujuh anggota berbakat iaitu Tuan E-zat (vokalis), Lie (gitar utama), Lan Asbu (gitar kedua), Nazz (basis), Amer Ameroll (dram), Boy (keyboard) dan Armadd (biola).
Menurut E-zat selaku wakil Lot 17, mereka teruja kerana pertama kali menembusi pasaran mainstream selain tidak sabar menyajikan satu kelainan buat pencinta muzik tanah air.
Kami sangat teruja dan gembira dengan projek Mencari Sinar. Sebelum ini kami hanya membuat persembahan di belakang kaca televisyen.
Kali ini kami secara rasmi menembusi dunia mainstream buat pertama kali. Pertaruhkan lagu Mencari Sinar.
Kalau di Terengganu kami sangat terkenal, banyak undangan yang kami terima. Namun, untuk dunia mainstream masih baharu untuk kami, semoga ada peluang dan diterima baik.
Ditubuhkan pada tahun 2010, Lot 17 bukanlah nama asing dalam dunia hiburan tempatan, khususnya di Terengganu.
Band versatil ini dikenali dengan keupayaan membawakan pelbagai genre muzik selain berfungsi sebagai kombo rasmi MBKT di bawah unit kebudayaan.
Keunikan tersendiri

Sementara itu, penaja utama yang juga pengasas Casalwa, Datin Sharifah Salwa Syed Shafie, berharap Mencari Sinar mampu menambat hati pendengar dan memperkaya industri muzik tanah air.
Saya berharap Mencari Sinar dapat berdiri sebaris dengan lagu-lagu popular lain serta menjadi halwa telinga masyarakat.
Bakat Lot 17 harus diketengahkan kerana mereka memiliki pakej lengkap dan vokal yang baik serta barisan pemuzik berkualiti.
Ini merupakan projek pertama bersama mereka dan sejak pertama kali lihat persembahan mereka di Terengganu terus saya jatuh cinta.
Dalam pada itu, penerbit lagu, Zul 2by2 turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek ini.
Mencari Sinar adalah karya yang mampu memeriahkan lagi industri muzik kita. Saya berharap lebih ramai pihak dan penaja tampil memberi sokongan agar lagu-lagu berkualiti dan pemuzik berbakat seperti Lot 17 dapat diangkat ke tahap lebih tinggi.





![[VIDEO] Madammu Sebak Anak Menangis Minta Maaf Terlalu Inginkan Adik – ‘Katanya Dia Mahu Baby, Tapi Saya Yang Sakit Lalui Proses Itu’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/madammu1.jpg)


