berita

KUSKOP Lancar Aplikasi MyMall Untuk Memudahkan Usahawan Tempatan!

April 12th, 2022 | by Nurul
Kini Trending

Buat para usahawan tempatan di luar sana tu, kami ada berita gembira nak bagitahu korang ni! Pada 12 April 2022, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah melancarkan satu aplikasi digital bantuan usahawan dan membeli belah baharu kepada Keluarga Malaysia iaitu MyMall.

Haa..dengar cerita, ada pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan dalam aplikasi ni untuk memudahkan para usahawan tempatan semua. Jom kami kongsikan!

Peluang baik untuk peniaga kecil

Kalau korang nak tahu, aplikasi MyMall adalah satu platform e-Dagang yang menyediakan ruang khas untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta penjaja untuk memasarkan produk atau perkhidmatan mereka kepada pengguna.

MyMall juga mempamerkan produk dan servis dari usahawan Malaysia yang berlabuh dibawah KUSKOP serta menawarkan akses kepada beberapa platform e-Dagang tempatan yang lain seperti WarungKu, Angsana Mall, Pybli dan Odela.

Ia juga dibina dengan ciri-ciri seperti katalog digital, kemudahan pembayaran, sistem ganjaran dan susun atur aplikasi yang mesra pengguna.

Lebih menarik, aplikasi ni menyediakan pelbagai bantuan dan info untuk membantu usahawan tempatan hanya dengan satu klik sahaja!

Ini antara perkhidmatan yang disediakan:

1. Tawaran menarik

Pelbagai promosi dan diskaun bagi produk atau servis terpilih.

2. Pelbagai produk dan servis

Produk dan servis dengan kepelbagaian kategori tersedia di dalam katalog digital.

3. Penghantaran Percuma

Kemudahan penghantaran percuma bagi produk yang terpilih.

4. Kemudahan pengembalian

Polisi pengembalian barang yang teliti untuk memudahkan pelanggan.

5. Mesra Pengguna 

Susun atur aplikasi yang mesra pengguna dan mudah diakses oleh pengguna.

6. Harga berpatutan

Produk berkualiti dengan harga yang tidak membebankan pelanggan.

Jom daftar di aplikasi MyMall hari ini juga!

Jadi, korang tunggu apa lagi? Tak kisahlah sama ada korang baru nak mula atau dah lama berniaga, hanya dengan satu aplikasi, korang dah boleh kembangkan urusan perniagaan korang dan capai impian untuk menjadi usahawan berjaya!

Buat yang berminat, jomlah sama-sama daftar perniagaan korang di sini dan segera nikmati segala perkhidmatan yang ditawarkan!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web MyMall.

SKIP THIS AD ×