berita

Kutip Sampah Sekitar Pulau Tioman, Apa Yang Dilakukan Reef Check Malaysia Ini Patut Dipuji

October 17th, 2018 | by Epul
Kini Trending

Berapa ramai di antara pembaca OHBULAN! kat sini yang akan kutip sampah bila bercuti kat pulau? Jalan tepi pantai, nampak sampah, kutip, kumpul dan buang kat tempat sepatutnya… Tak ramai kan? Makin ramai orang buang sampah ada lah!

Disebabkan kurangnya keprihatinan korang terhadap alam sekitar, Reef Check Malaysia, JCI Iskandar dan Lions Clubs International District 308B1 terpanggil untuk mengadakan International Coastal Clean-Up (ICC 2018) bagi memberi sokongan kepada International Year of the Reef (IYOR 2018).

Apa dia ICC 2018 tu?

Program yang berlangsung dari 21 hingga 23 September lalu dan menjadikan Berjaya Tioman Resort sebagai lokasi utama bagi inisiatif pembersihan kawasan pantai di seluruh negara itu diadakan bagi meningkatkan kesedaran terhadap pemuliharaan laut dan mengetengahkan kepentingan pemuliharaan terumbu karang.

Seramai 230 peserta termasuk penyelam berpengalaman, orang awam, media (termasuklah team OHBULAN! sendiri), selebriti tempatan dan penaja dari Malaysia turut serta dalam program 3 hari itu bagi membersihkan kawasan tepi pantai dan dalam laut.

Macam-macam kami jumpa…

ICC 2018 turut dibantu pengendali penyelam dari Udive Malaysia, Moby-Tek Dive Centre dan Scubaido yang mengetuai pembersihan di dasar laut.

Malah, Jabatan Taman Laut Malaysia dan Rumah Hijau Tioman turut turun padang bagi memberikan sokongan sepanjang acara tau…

Selain itu, ICC 2018 turut mendapat sumbangan dari segi kewangan dari Rip Curl Malaysia yang mempromosikan baju-T ‘Sea Warden‘ di kedai mereka.

Kalau korang tak sempat join ICC 2018 dan mahu menyumbang, boleh check out Instagram Rip Curl Malaysia:

 

View this post on Instagram

 

Want get your hands on the limited edition #SeaWarden Tee to show your love and support towards the Ocean? Well head down to Rip Curl Sunway Pyramid, Wangsa Walk, One Utama, Sunway Velocity, Nu Sentral and JPO to cop yourself one! ???????? Every Tee sold, Rm 15 will be donated to @reefcheckmalaysia to continue the efforts of corals conservation, simultaneously keeping the ocean’s well being in check #REEFCHECKXRIPCURL *While Stock Last . . . Or Purchase online at Ve-nue.com @ve.nue . . . . #internationalcoastalcleanup #iyor2018 #berjayahotelsresorts #berjayatiomanresort #reefcheckmalaysia #ripcurlmy #udive #mobytek #scubaido #gopromysg #jnaproductions #cataferry #montanic #ntv7 #8tv #bfmradio #viralcham #thesundaily #SayangLaut #harianmetro #coastalcleanup #marineconservation #landconservation #conservation #motherearth #diversunited #seawarden #therumahhijau

A post shared by Rip Curl Malaysia (@ripcurlmy) on

GoPro Malaysia Singapore, Hypegear Malaysia, Victorinox Malaysia, Montanic, J&A Productions, Carlsberg Malaysia and CO3 Social Office turut tidak ketinggalan untuk menghulurkan sokongan padu. Tahniah guys!

Sepanjang acara selama 3 hari 2 malam itu, kami berjaya membersihkan beberapa kawasan antaranya Kampong Tekek, Pulau Tulai, Pantai Teluk Genting, Fan Canyon, Batu Malang, Labas, Marine Park, Teluk Kador dan Teluk Bakau.

Jumpa lebih 500kg sampah, ada yang boleh dikitar semula dan tidak

Kalau korang nak tau, sepanjang ICC 2018, kami berjaya mengumpulkan sebanyak 175kg sampah boleh dikitar semula dan lebih 400kg sampah tidak boleh dikitar semula.

Rumah Hijau

Semua sampah tu dikumpulkan dalam beg sampah biodegradable d2w dan dihantar ke Rumah Hijau di Tekek untuk dikitar semula bagi menghasilkan produk baru.

Alvin Chelliah

Menurut Pengurus Projek, Reef Check Malaysia, Alvin Chelliah, terdapat 10 barangan dengan jumlah kumpulan tertinggi. Antaranya, botol dan tin minuman, puntung rokok, bekas pembungkus makanan, alatan memancing  dan straw.

Kami menemui 20,299 puntung rokok, 30,248 botol minuman (plastik), 12,055 beg plastik beli-belah dan banyak lagi statistik yang saya sendiri tak sanggup nak kongsi. Selain itu, kami turut menjumpai barang rare antaranya peti sejuk dan sebahagian daripada rangka kereta ATV,” katanya.

Selain itu, Alvin berkata Reef Check Malaysia berhasrat mahu mengumpulkan seberapa banyak data yang boleh bagi meningkatkan kesedaran orang awam supaya terus mengamalkan gaya hidup kitar semula dan mengurangkan amalan buruk membuang sampah merata-rata.

“Semua daripada kita bertanggungjawab terhadap setiap sampah yang ada di laut. Kita nak orang awam turut serta bagi mewujudkan alam sekitar yang sihat. Dengan adanya data seperti ini, kita boleh menguatkan kerjasama antara agensi kerajaan, industri pengilang, pembuat barangan plastik dan syarikat kitar semula,” katanya lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai Reef Check Malaysia, klik SINI atau follow Facebook mereka untuk aktiviti pemuliharaan laut yang seterusnya! Suka pergi Pulau Tiomanlike Facebook Cintai Tioman juga okay!

Terima kasih Reef Check Malaysia, GoPro Malaysia Singapore dan Berjaya Tioman Resort bagi OHBULAN! kesedaran terhadap pemuliharaan laut dan peluang menyertai aktiviti bermanfaat seperti ini!

SKIP THIS AD ×