berita

Kutip Telur Itik Dengan Upah 2 Sen Sebiji, Fizo Omar Imbau Kenangan Dengan Arwah Bapa

June 18th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Imbau kembali kenangan sewaktu kecil, Fizo Omar kongsi pengalaman terpaksa bekerja di ladang bapa demi duit belanja. Menurut Fizo, sebelum ke sekolah dia ke ladang mengutip telur itik dengan upah 2 sen sebiji.

Walaupun pernah memberontak, Fizo Omar kini sedar pengorbanan dan ilmu yang diajar bapa membuatkan mereka sekeluarga berdikari semenjak kecil.

Pagi-pagi masuk ladang

AL FATIHAH FOR MY HERO
.
Satu ketika dulu aku pernah memberontak dgn Ayah aku sendiri, mana tak nya.. Budak2 lain kawan2 aku bebas je balik skolah boleh nak g mana dan main macam2, tapi aku pagi2 buta aku dah kena masuk ladang bapak aku kat belakang rumah, ade lebih kurang 12 ekar ladang limau nipis dan ade bela skali lebih kurang 10 000 ekor itik. Kerja aku kena kutip telur itik tu satu-satu dan cuci najisnya guna pisau (tak leh basuh dengan air nnti rosak). Bukan sikit tau. Ko bayangkan lah kalau ada 10 ribu ekor itik, ko rasa telurnya berapa biji? Tu lah kerja kiteorang adik beradik. Balik sekolah bapak aku bawak aku g cari customers plak dan lama-lama dia suruh aku cari sendiri customers aku. Ko tahu upah aku berapa? Aku dapat 2 sen je sebijik. Berdesing jugak la telinga, tapi dah itu cara aku nak dapat duit, kalau nak banyak kena rajin lah jawab dia. Dan bapak aku pulak tak da maknanya nak bagi duit senang-senang kalau aku nak beli itu ini. Duit skolah je dia bagi dan kalau ko buat benda lain, tu ko nampak telur itik bersepah dan buah limau kat pokok tu, hah tu lah duit ko. senang cakap dia memang kedekut giler la….

Ayah tak pernah bagi anak kemewahan

Yang dia belikan untuk aku kasut bola je, sebab dia nak sangat tengok aku main bola smpai dapat wakil Malaysia. Dan dia tak pernah bagi anak2 ni kemewahan. Dah la kena cari duit sendiri dan kalau dia tahu kiteorang dapat duit lebih buat keje tu dia akan ambik balik, dan terus bawa pergi bank dan masuk akaun, nak belanja amik sikit2 je.. Bengang weh aku dah plan macam2 nak beli ni, kadang2 aku songlap juga la, kalau tak lambat la aku nak kumpul duit beli aksesori basikal masa tu. Kitaorang adik beradik memang tak puas hati. Bila masuk UNI aku sibuk nak pakai kete. Alah kancil je bukan aku minta lambo ke apa. Macam biasalah aku kena cari duit sendiri nak bayar kete kancccc aku masa kat uitm arau dulu. Malam2 aku jual nasi lemak untung 20 sen je sebungkus, up sikit r dengan telur itik tu. hahhaha. Atleast dengan duit nasi lemak tu lepas r aku buat bayar ansuran kete RM 180 sebulan dan kereta tu aku buat sewa pulak. Kira masyuk gak la time tu.
.
SAMBUNGAN
Slide gambar kat atas..

Hasil berlakon tanggung mak dan adik-adik

‘Harta’ yang diberikan sejak kecil

Sumber : Fizo Omar

The following two tabs change content below.