berita

KWSP Tergendala Selepas Berhenti Kerja? Ini Tips Buat Suri Rumah Yang Mahu Langsai Hutang PTPTN Guna KWSP

December 21st, 2019 | by Shahira
Kewangan & Pelaburan

Seperti yang umum sedia maklum, pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) boleh dilangsaikan menggunakan wang simpanan daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Namun tidak ramai yang mengetahui cara sebenar membuat permohonan pembayaran balik. Di Facebook, Rozana Tumirin menerangkan tips untuk membayar pinjaman pelajaran PTPTN melalui menggunakan akaun KWSP dan tips pengurusan KWSP buat suri rumah yang telah berhenti kerja.

Kena daftar i-Akaun

Semenjak berhenti kerja pada 2013, sis tak lagi mencarum atau dicarum KWSP. Sis start kerja dan mencarum pada tahun 2008. Sis hanya sempat mencarum selama 5 tahun sahaja. Entah macam mana, baru tahun ni sis terfikir pasal duit yang ada dalam KWSP tu. Boleh bawak keluar joli ke? Kira burn ke? Atau kena biar je kat situ sampai mampus? Google punya google dan call customer service KWSP, sis pun buat keputusan pergi ke cawangan mereka yang terdekat.

Banyak persoalan yang bermain diminda. ‘Saya dah 7 tahun jadi suri rumah, duit KWSP saya kira burn ke, encik?’. ‘Kalau saya nak mencarum sendiri boleh tak? Ikut la berapa duit ada time tu’. ‘Kalau nak draw semua buat bayar PTPTN boleh ke?’. ‘Saya tak ada pendapatan tapi suami saya bagi nafkah 50k sebulan. Tu kira pendapatan ke?’. (Ni gurau je guys. Mana ada bagi 50k).

Jadi dengan penuh bersemangat sis pergi KWSP untuk mendapatkan jawapan. Tapi sebelum boleh jumpa pegawai, first thing first, kena daftar untuk i-Akaun dulu. After that, baru boleh ke step seterusnya. i-Akaun ni daftar dan nanti muat turun aplikasi di telefon bimbit anda. Applikasi ni boleh la kita buat tengok berapa duit kita ada (Akaun 1 dan Akaun 2) dan dividen yang kita dapat setiap tahun. Tapi tak boleh nak direct carum dari apps tu pun. Apa punya turr. Ingatkan macam app ASB.

Sebab sis bodoh, sis baru tahu yang setiap tahun kita akan dapat dividen tu tak kira lah kita mencarum atau dah tak mencarum. Sis ingat ASB je macam tu. Ala Kassim ala bodoh la. Sis tengok baki dalam akaun tu tak ada la banyak sangat sebab 5 tahun je carumkan. Tapi banyaklah juga. Nak beli rumah, buat bayar deposit pun tak lepas. Nak keluarkan, kena tunggu umur 55 tahun. Aje gila lagi 23 tahun baru boleh nak keluarkan duit sendiri. Jadi, apa solusi sis dengan duit KWSP ni?

Bayar hutang PTPTN melalui KWSP

Pembayaran hutang PTPTN

Setelah dapat info dan penerangan dari pegawai, sis pun bertindak.

1. Sis bayar habis hutang PTPTN. Sis dah 5 tahun bayar PTPTN monthly RM200. 5 tahun tak habis-habis hutang apa cerita? Ada balance hutang lebih kurang RM7900++. Sis bayar semua. Sis ingatkan boleh lah keluarkan lebih. Jangan harap! KWSP yang akan deal direct dengan PTPTN untuk payment kita. Kesian.

Akhirnya tahun ni, sis debt free for PTPTN. Lega kemain. Kau bayangkan, pinjam PTPTN ni tahun 2005, habis belajar 2008, 2019 baru habis hutang. Dah la yuran Politeknik murah. Duit PTPTN yang balance tu tiap-tiap semester pergi buat rambut dengan beli handphone.

2. Sis tanya pasal i-Suri. i-Suri ni caruman untuk suri rumah. Kerajaan ada bagi insentif sikit setiap bulan dan boleh juga tambah caruman. Tapi ada syarat dia setahun tak boleh lebih berapa ribu macam tu. Sis dah tak ingat.

Dividen 2018

Tapi masalahnya, untuk mencarum i-Suri ni, kau mestilah berdaftar dengan e-Kasih. Lah pulak. Macam belajar membaca la e,i,o,u,a semua ada. e-Kasih ni bukan semua orang boleh daftar. Ada requirements dia. Macam jumlah pendapatan, bilangan isi rumah dan sebagainya. Sis memang tak berdaftar dengan e-Kasih. Tak layak.

3. Jadi pegawai cakap, sebagai suri rumah yang tiada pendapatan tetapi tidak berdaftar dengan e-Kasih, boleh mencarum dalam i-Saraan. Sis pun dah pening malas nak tanya banyak. Daftar untuk i-Saraan dan bulan-bulan boleh online transfer je dari Maybank2U. Ikut suka hati nak carum berapa. Dari jumlah caruman tu, KWSP akan pecahkan ikut peratus ke Akaun 1 dan Akaun 2. Tak payah la pening-pening nak fikir nak buh berapa kat Akaun 1 ke Akaun 2.

KWSP tergendala lepas berhenti kerja

Pecahan duit dalam Akaun 1 dan Akaun 2

Untuk i-Saraan ni, kerajaan pun ada bagi insentif setiap tahun. Tapi tak banyak la cuma sis tak ingat berapa amount dia. Rasanya i-Saraan ni pun ada limit berapa jumlah yang kita boleh carum setahun. Yang tak ada limit tu i apa entah tapi caruman untuk yang bekerja sendiri dan ada pendapatan. Tahun 2018 dividen KWSP 6.15%. Sedap lah jugak dari tak ada. Lagipun bukan boleh bawa keluar pun duit tu.

Jumlah caruman dan baki terkini

Gambar kat bawah ni menunjukkan jumlah terkini KWSP sis. Tak banyak pun. Tapi dah alang-alang tak boleh nak keluarkan, simpan jela dalam tu terus. Ada juga hasil. Setakat ni dah 4 bulan sis berjaya konsisten mencarum sendiri. Dulu masa kerja kena carum tak sampai RM100 sebulan pun muncung dah sedepa. Sekarang ni terpulang pada diri sendiri.

Post ni bukan post berbayar. Sis saja nak share sebab sis tau ramai je suri rumah yang bekerja sebelum ni dan KWSP diorang terus tergendala lepas berhenti kerja. Ramai yang belum aware pasal i-Saraan, i-Suri semua ni. Jadi, sis menyeru kepada semua suri rumah, boleh dah anda semua start mencarum balik. Sikit pun tak apa. Lama-lama jadi banyak. Nanti lagi 20 tahun boleh la keluarkan bawa pergi travel.

Sumber: Rozana Tumirin

SKIP THIS AD ×