![]()
Tampon merupakan alat penjagaan kebersihan yang direka untuk menyerap darah haid. Alat ini dimasukkan ke dalam kemaluan wanita untuk menggantikan tuala wanita.
Penerangan seorang influencer di Twitter mengenai alat itu mendapat reaksi ‘unik’ seorang lelaki yang menggelar alat berkenaan mungkin menjurus kelakuan tidak senonoh.
Ditanya seorang pengguna Twitter
![]()
![]()
Personaliti media sosial, Iman Abdul Rahim menjawab soalan seorang pengikutnya mengenai alat kebersihan wanita itu. Wanita itu kemudiannya membalas tweet berkenaan dengan keterangan fungsi dan contoh tampon yang ada di pasaran.
‘Dinasihati’ seorang lelaki
![]()
Seorang lelaki dikenali Mohd Kamal membalas tweet berkenaan dengan menasihatkan golongan wanita supaya tidak memakai alat itu kerana dakwanya satu ajakan tak ketara ke arah zina.
Kenyataannya kemudian mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata terhibur dengan jawapan tersebut.
Nak zina apa macam ni
![]()
![]()
Sumber: Iman Abdul Rahim, Twitter







![[VIDEO] Individu Tegur Penampilan Nampak Dewasa, Thalita Bidas – ‘Saya Duduk Atas Pentas, Makeup Kena Tebal’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/thalita-1.jpg)
