berita

Lagi Banyak Buih Lagi Bagus? – Ini 5 Kesalahan Penjagaan Muka Yang Korang Buat Tanpa Sedar!

December 31st, 2018 | by Epul
Kesihatan & Hidup Aktif

Kulit berjerawat dan kering

Eeeii..Kenapa dengan kulit muka kau? Dulu aku tengok muka kau elok je. Ni siap penuh jerawat satu muka!

Siapa yang tak sedih bila ada member-member tegur kulit muka kita berjerawat, berminyak, kering ataupun kusam.  Tak kiralah lelaki ke perempuan, wajah memainkan peranan penting untuk kita rasa lebih confident. Kalau kulit muka bermasalah confirm rasa down bila nak jumpa orang.

Walaupun korang rasa korang sangat disiplin bab penjagaan kulit muka tapi mungkin ada yang korang terlepas pandang. Nak-nak kalau hal yang remeh. Haa.. Ni kami nak share sikit perkara yang korang kena elakkan bila berkait dengan penjagaan wajah.

1. Guna produk yang hasilkan banyak sabun & buih. Salah ni!

Pencuci muka dengan buih dan sabun

Korang mesti rasa produk yang hasilkan banyak sabun dan buih boleh bersihkan kulit wajah dengan lebih mendalam. Tapi korang tau tak, sebenarnya produk penjagaan wajah yang menghasilkan banyak buih dan sabun ni akan buat kulit muka korang lagi kering!

Kulit muka kita ni lain-lain tau! Tak semua sesuai pakai yang banyak buih. Nak-nak korang yang berkulit kering tu. Pakailah produk penjagaan wajah yang bebas sabun dan buih. Korang boleh cari produk macam ni kat pasar raya atau farmasi yang berhampiran. Ada banyak pilihan!

2. Guna tuala yang sama untuk lap muka & keringkan anggota badan lain.

Tuala yang berlainan untuk anggota badan, rambut dan muka

Hmm..Yang ni admin pun buat jugak wey! Malas dan penat jugak nak ada tuala lain-lain untuk lap rambut, muka dan badan. Tapi, demi kulit wajah yang cantik dan mulus korang kena amalkan guna tuala yang berbeza.

Sebabnya, kuman akan lagi cepat merebak kalau korang guna tuala sama untuk lap badan dan muka Lagi-lagi kalau korang ada masalah kulit wajah yang sensitif dan berjerawat. So, lepas ni elakkan okay!

3. Tak jaga pemakanan. Main makan je!

Pemakanan sihat untuk cantik

Nak jadi cantik dan ada kulit wajah yang sihat semuanya bermula daripada dalam ye. Korang kenalah jaga pemakanan! Banyakkan makan sayuran hijau dan buah-buahan seperti buah jambu, betik dan pisang.

Kalau korang perasan, orang yang suka makan buah-buahan ni kulit diorang nampak cantik dan sihat je. Jadi, lepas ni masukkan sayuran dan buah-buahkan dalam diet seharian korang. Barulah boleh awet muda!

4. Dapatkan beauty sleep secukupnya

Tidur secukupnya 6-8 jam sehari

Nak cantik bukan setakat kena ambil produk yang betul dan jaga makan je. Korang juga kena jaga waktu tidur. Tahu tak, bila korang tak cukup tidur korang akan lagi cepat rasa stress. Bila korang stress hormon stress cortisol meningkat dan secara tak langsung korang pon akan dapat effectnya seperti kulit muka jadi kusam, berjewarat dan kering.

So, lepas ni pastikan korang tidur 6 hingga 8 jam setiap hari. Barulah bangun tidur lebih glowing!

5. Kerap tukar-tukar produk penjagaan wajah

Sering bertukar-tukar produk penjagaan wajah

Haa..Min tau ni mesti ramai buat kan? Bila guna produk tapi tak nampak sebarang perubahan korang terus tukar produk lain. Salah ni! Bila korang guna produk baru, korang kena tunggu at least 2 minggu ke sebulan untuk tengok perubahan kat wajah korang.

Kalau pakai 3 hari je terus cantik, mungkin produk yang korang pakai tu ada kandungan yang meragukan. Kalau lama-lama pakai kulit wajah korang boleh jadi nipis dan mudah breakout. Takutnya!

Gunakan Cetaphil Gentle Skin Care sebagai pilihan korang. Gerenti tak menyesal!

Produk penjagaan wajah Cetaphil

Siapa kata susah nak jaga kulit wajah? Dengan Cetaphil korang dah tak perlu risau semua tu! Cetaphil memang terkenal sebagai produk pencuci dan penjagaan kulit yang bukan je membersih malah melembutkan, bebas dari wangian, sabun dan lanolin. 

Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni jugak sesuai untuk cuci solekan ringan dan bersifat tak comedogenic. Jadi, ia taklah menyumbat liang-liang roma yang menjadi punca jerawat pada kulit wajah.

Selain tu,  Cetaphil Gentle Skin Cleanser mempunyai pH yang seimbang. Bila cuci muka memang takkan pedih mata dan membantu untuk kekalkan kelembapan kulit. Formulasinya jugak berkesan untuk semua jenis kulit, termasuklah bayi dan mereka yang berkulit sensitif.

Guna Cetaphil untuk kulit wajah yang cantik
Yang bestnya pasal produk ni, ia sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit yang sensitif dan sangat recommended oleh pakar dermatologi dan ahli pediatrtik. Dan dalam satu kajian oleh Home Tester Club (HTC), 99% wanita yang menggunakan Cetaphil Gentle Skin Cleanser bersetuju produk ni membersih dan melembapkan kulit dengan lembut tanpa mengikis pelindung semula jadi kulit.

Lagi syok, Cetaphil ada dalam pelbagai saiz ye! Senang kalau korang nak bawak pergi travel atau untuk kegunaan di rumah.

Nak tau lebih lanjut tentang kebaikan Cetaphil, korang boleh kat sini. Jom bertukar ke produk Cetaphil Gentle Skin Cleanser untuk penjagaan wajah yang lebih mendalam dan selamat.

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×