berita

Lagi Banyak ‘Dislike’ Daripada ‘Like’, Siapa 1.2 Juta Orang Yang Tonton Muzik Video Gadis Ini?

June 1st, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Tangkap layar video

Bermula dengan berkongsi video-video di laman TikTok, seorang gadis dikenali sebagai Suekhaizhar menarik perhatian ramai apabila melancarkan single pertamanya bertajuk ‘Aku Budak Girl’ di bawah terbitan Zym Music.

Raih lebih 1.2 juta tontonan

Foto: Tangkap layar video

Apa yang lebih membanggakan apabila lirik muzik video ini telah meraih lebih 1.2 juta tontonan sejak dimuat naik di laman YouTube pada 28 Mei yang lalu. Nama Suekhaizhar mula meningkat naik dan dikenali ramai setelah aktif di laman TikTok dan kini dia mempunyai 1.3 juta pengikut yang sentiasa menantikan video-video terbaru daripadanya.

Susunan lagu Aku Budak Girl ini ditulis oleh Reyhan OAB dan dibantu Mahathir Vai. Jika anda mendengar bait-bait lirik Aku Budak Girl menceritakan mengenai seorang gadis yang sama sekali tidak akan berputus asa walaupun diuji dengan pelbagai cabaran yang mendatang.

Bagaimanapun, lagu ini menerima kritikan yang hebat daripada netizen yang mempersoalkan bakat yang dipertaruhkan oleh gadis ini.

Orang yang ada bakat nyanyian pun susah nak cari makan apatah lagi TikTok famous senang je buat lagu lepas tu terus ramai like…suara dah lah sengau…bukan marah tapi kesian bila tengok lagu zaman sekarang ni.

Seriously makin musnah generasi muzik Malaysia. Muzik lagu yang sedap and ada melodi yang baik plus penyayang berbakat view sendu. Tapi lagu merepek suara tau la kan view mencanak-canak.

Aku Budak Girl

Sumber: YouTube

SKIP THIS AD ×