berita

Lagi Canggih & Power – GoPro Kembali Dengan Edisi Terbaru HERO8 Black, Mods & MAX.

October 8th, 2019 | by Intan Mahsuri
Shout Out!

Buat yang follow GoPro mesti dah tahu mereka bakal melancarkan GoPro HERO8 yang lagi wow daripada keluaran yang sebelum ni. Haa.. GoPro korang yang lama tu rasanya dah boleh ganti baru agaknya dengan GoPro HERO8 yang baru ni.

Buat korang yang baru nak berjinak-jinak dengan GoPro, tahu tak apa lagi fungsi GoPro ni selain tangkap gambar dan video? Meh, usha kelebihan GoPro HERO8. Kaki travel dan peminat kamera confirm suka dengan spesifikasi GoPro HERO8. 

3 GoPro keluaran terbaru yang mindblown!

Kamera aksi yang paling famous setakat ni semestinya GoPro. Keluaran dari edisi yang pertama sehingga sekarang sememangnya sangat terbaik dan tak pernah menghampakan. Bagi rangkaian GoPro HERO8, mereka bakal keluarkan 3 keluaran terbaru iaitu GoPro HERO8 Black, Mods dan Max.

Kalau nak cerita bab design, GoPro tak pernah mengecewakan. 3 keluaran terbaru GoPro ini akan beri kelainan pada setiap kamera. Gempak weh!

GoPro HERO8

GoPro HERO8

GoPro HERO8 Black ada penambahan dari aspek kestabilan video yang lebih daripada jangkaan iaitu Hypersmooth 2.0! Ianya berfungsi dalam semua resolusi. Kalau tak puas hati jugak, korang boleh gunakan Boost untuk naikkan kualiti video dan gambar yang diambil. Fuh! Lagi puas hati kalau dah dapat shot yang lawa!

Kalau korang nak tahu, GoPro HERO8 Black antara kamera yang paling stabil  di antara kamera-kamera yang lain. Bayangkan korang gerak macam mana sekali pun, GoPro HERO8 Black mampu dapatkan gambar tanpa gegaran dan pencahayaan yang terbaik.

GoPro HERO8 Black juga memperkenalkan Timewrap iaitu auto adjust kelajuan video. Korang boleh kurangkan kelajuan dengan hanya tap dan video akan menjadi lebih perlahan. GoPro HERO8 Black jugak kalis air  dan boleh tahan dalam kedalaman sebanyak 10 meter (33 kaki) tau. Korang tak payah nak takut kalau terjatuh dalam air atau ketika berenang.

GoPro HERO8 Black jugak mampu menangkap audio yang berkualiti. Apa yang bestnya, GoPro HERO8 Black ada 3 mikrofon. Memang nicelah audio tu! Paling penting, kadar noise pun berkurangan dan korang takkan ada masalah bunyi angin atau noise keterlaluan. Kamera ni 14% lebih ringan daripada keluaran GoPro lain dan sangat senang nak di bawa ke mana-mana.

Kalau ada plan nak beli GoPro HERO8 Black, korang pun kena la beli sekali dengan Mod. Dengan Mod, lagi memudahkan kerja korang untuk rakam video dan ambil gambar. Mod pun ada banyak jenis tau!

GoPro Mods terbahagi kepada 3 iaitu Display Mod, Media Mod dan Light Mod. Setiap mod ada kelebihan tersendiri tau.

Media Mod berfungsi untuk rakam audio yang berunsurkan shotgun-mic, dengan feature tambahan seperti 3.5 mm adaptor ports dan HDMI. Korang dapat rakam audio dan bunyi dengan lebih jelas tanpa perlukan mikrofon pun. Tak payah nak pening kepala cari mikrofon sebab GoPro Media Mod dah canggih habis!

Apa yang bestnya Display Mod, ia boleh dilipat ke depan atau ke belakang bagi memudahkan kerja korang.Display Mod boleh menghadap 1.90 inci dan ianya melekat pada bahagian atas Media Mod tadi. Kalau korang dah selesai guna Display Mod, korang boleh je lipat terus dan tak payah susah-susah nak setting tutup kamera tu. Kan mudah!

Light Mod pula digunakan untuk meningkatkan penggunaan cahaya pada gambar atau video. Kalau kawasan tu kurang cahaya, dengan Light Mod, automatically video dan gambar yang korang ambil lebih terang dari biasa. Light Mod ni juga kalis air hingga 33 kali ganda ( 10 meter ). So, kalau korang nak buat aktiviti air memang takde masalah nak guna Light Mod. Ia boleh di cas semula dan dilengkapi dengan diffuser untuk lembutkan cahaya semasa shooting.

GoPro Max

GoPro Max kamera serba boleh yang mempunyai 3 kamera dalam satu. GoPro Max terkenal sebagai kamera tunggal yang terpantas dan mempunyai lensa 360. Apa yang syoknya GoPro Max ni, daya kestabilan juga tiada tandingan sebab korang boleh shoot video 360 darjah. Untuk korang yang aktif dan banyak menggunakan pergerakan boleh gunakan GoPro Max untuk buat aktiviti.

Kalau nak edit video atau gambar, GoPro Max ada aplikasi tersendiri iaitu Reframe. Dengan aplikasi ni, proses editing korang lebih senang dan mudah. Aplikasi Reframe akan hubungkan dengan GoPro Max secara automatik. Selain tu, GoPro Max ni juga kalis air sehingga 16 kaki ( 5 meter).

Kalau korang selalu vlogging, GoPro Max adalah yang terbaik sebab resolution kameranya yang lebih tinggi. Hasil video korang jugak lagi cantik dan clear.GoPro Max dilengkapi dengan skrin sentuh depan dan 6 mikrofon dapat meningkatkan lagi audio korang. Ditambahkan dengan satu klik 270 ° PowerPano foto, GoPro Max tak sama seperti kamera lain di dunia. Memang awesome!

https://www.youtube.com/watch?v=jMUEWM45i-

Dapatkan GoPro HERO8 Black, Mods & Max dengan segera!

Korang berkenan dengan GoPro HERO8 Black, Mods dan Max kan? Lagi-lagi dengan function yang sangat canggih ni rugi kalau korang tak beli. Korang boleh buat pre-order dengan harga RM1879. Melalui pre-order korang dah tak payah risau kalau-kalau stok habis. Memang dah secure untuk korang!

Tarikh untuk pre-order akan bermula 10 Oktober sehingga 20 Oktober 2019 di GoPro Concept Store yang terpilih. Nak tahu dekat mana, korang usha dekat bawah ni.

  • GoPro Concept Store – Midvalley Megamall, Kuala Lumpur
  • GoPro Concept Store – Sunway Pyramid, Petaling Jaya
  • GoPro Concept Store – Gurney Plaza, Penang
  • GoPro Concept Store – The Mall, Midvalley Southkey, Johor Bahru

Untuk setiap pra tempahan, korang akan dapat limited edition GoPro travel backpack. PERCUMA ye! Jangan buang masa lagi! Buat tempahan korang sekarang dan dapatkan beg percuma dengan mudah. Siapa cepat, dia yang dapat!

SKIP THIS AD ×